,
Terkini

Kesal Dengan Kenyataan Fizz Fairuz, Seniman Tampil Jawab Tuduhan Tiada Perkeso Untuk Penggiat Seni - “Ia Sedikit Sebanyak Menjejaskan…”

Asyikin Mayudin
02/03/2023
23:50 MYT
Susulan kenyataan pelakon Datuk Fizz Fairuz berhubung isu Perkeso untuk penggiat seni, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tampil menjelaskan perkara tersebut.
Berterima kasih kepada Fizz, Setiausaha Agung Seniman iaitu Hafiz Nafiah menerusi kenyataan rasmi berkata perkongsian aktor itu di laman sosial seakan-akan memberi gambaran buruk terhadap persatuan tersebut.
“Beliau juga ada memberikan gambaran bahawa Seniman selama ini tidak berbuat apa-apa untuk ahli-ahli Seniman.
“Seniman ingin memaklumkan kepada beliau bahawa selama ini banyak inisiatif-inisiatif dan dasar yang Seniman lakukan untuk ahli-ahli Seniman. Malangnya berkemungkinan beliau sendiri tidak pernah untuk mengambil tahu apa yang dilakukan oleh Seniman,” katanya.
Hafiz turut berterima kasih kepada Fizz yang membangkitkan isu tersebut sehingga menjadi tular dan sekali gus membuatkan ahli Seniman lain mengetahui tentang kerjasama dengan Perkeso sejak dua tahun lalu.
“Walaubagaimanapun, Seniman berterima kasih kepada beliau kerana membangkitkan isu berkenaan Perkeso dan isu ini menjadi viral dan memberikan ruang untuk ahli-ahli Seniman mengetahui bahawa Seniman telah bekerjasama dengan Perkeso sejak tahun 2020 lagi secara rasmi.
“Dalam kerjasama ini Seniman dilantik menjadi agen tunggal untuk kategori seni budaya sejak di rundingan antara dua pihak sejak tahun 2019. Sejak 2021 sehingga hujung 2022 melalui data Seniman hanya 82 orang sahaja ahli Seniman yang berdaftar di bawah skim khas Perkeso ini.
“Malah untuk pengetahuan Datuk Fizz Fairuz, sejak kerjasama ini diputuskan, seramai lebih 10 orang ahli Seniman telah mendapat bantuan dan faedah daripada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) ini,” ujarnya.
Sementara itu, pihak Seniman turut meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dibuat Fizz yang sedikit sebanyak telah menjejaskan kredibiliti serta imej persatuan itu.
“Seniman juga agak kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Fizz Fairuz yang dianggap sebagai serkap jarang tanpa usul periksa dengan pihak Seniman sendiri.
“Ia sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan imej Seniman atas kenyataan yang tidak berasas. Seniman juga berharap dengan kejadian ini akan lebih ramai ahli Seniman mengetahui tentang Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri inisiatif antara Seniman dan Perkeso ini,” katanya.
Terdahulu, Fizz menerusi laman sosial miliknya berkongsi pendapat mengenai insiden pelakon Fasha Sandha yang mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika menjalani penggambaran di Johor Bahru, Johor pada Rabu.
Menerusi perkongsian itu, Fizz turut mempersoalkan tindakan Seniman yang masih tidak menyediakan KWSP dan Perkeso untuk penggiat seni.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fizz Fairuz, Almy Nadia Selamat Timang Anak Kelima

gempak
18/09/2024
04:26 MYT
Menerusi hantaran tersebut, Fizz meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi segala proses kelahiran telah berjalan dengan lancar.
Hiburan

"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!

gempak
02/05/2024
01:50 MYT
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Hiburan

Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia

gempak
30/04/2024
04:43 MYT
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan serta merosakkan imej artis Malaysia.
Hiburan

"Pahang Negeri Kaya Dengan Khazanah & Destinasi Menarik" - Fizz Fairuz Teruja Sertai Moh Karnival Makmur

gempak
26/04/2024
19:07 MYT
Datuk Fizz Fairuz dapat kembali ke Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera sejak semalam sehingga Ahad ini.
Viral

Isu Majlis Graduasi Sekolah Di Hotel, Fizz Fairuz: “Beli Bag, Kasut Mahal Boleh Takkan Untuk Anak Berkira”

gempak
04/02/2024
02:03 MYT
Fizz Fairuz pesan jangan berkira dengan anak.