,
Laman Utama

Kes Saman Fitnah Naz Empire Terhadap Awal Ashaari Gagal Selesai Melalui Mediasi

Gempak
12/07/2022
23:36 MYT
Kes saman fitnah sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai dan dekorasi rumah terhadap personaliti televisyen, Awal Ashaari berhubung kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman selebriti itu gagal diselesaikan melalui proses mediasi kerana kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian.
Peguam Sareekha Roslyna Mohd Rosly yang mewakili Naz Empire Sdn Bhd selaku plaintif berkata sehubungan itu kes tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan.
"Kedua-dua pihak telah memfailkan dokumen berkaitan perbicaraan termasuk pernyataan saksi. Pihak plaintif (Naz Empire) akan mengemukakan dua saksi termasuk Pengarah Naz Empire Azrianna Alyssa Azmil manakala Awal Ashaari akan memberikan keterangan bagi pihaknya selaku defendan," katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar A.Shaarmini secara dalam talian (e-Review) pada Selasa.
Ditanya mengenai tarikh perbicaraan, Sareekha Roslyna berkata kemungkinan tarikh tersebut akan ditetapkan pada pengurusan kes seterusnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache pada 4 Ogos ini.
Sementara itu, peguam Hamizah Sobree yang mewakili Awal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Pada 7 Julai tahun lepas, mahkamah mencadangkan supaya kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini, dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes diteruskan dengan perbicaraan.
Pada 13 Nov 2020, Naz Empire memfailkan saman berjumlah RM3 juta terhadap Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari kerana didakwa menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat serta pemilik syarikat terbabit di media sosial.
Syarikat itu mendakwa kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman Awal dimulakan selepas Awal membayar deposit sebanyak RM100,000, bagaimanapun Awal menyatakan ketidakpuasan hati terhadap hasil atau kualiti kerja plaintif dan memberhentikan syarikat terbabit daripada terus membuat kerja pengubahsuaian serta meminta memulangkan semula wang RM100,000 itu.
Plaintif mendakwa, Awal telah memulakan siri fitnah secara berterusan terhadap plaintif dalam laman sosial Instagram dan Facebook miliknya serta telah memuat naik satu siaran fitnah melalui siaran YouTube di pautan dengan nama pentas 'SchaAwal' bagi tujuan sama.
Awal turut memfailkan tuntutan balas pada 30 Dis 2020, dengan menuntut ganti rugi RM750,000 daripada syarikat berkenaan berhubung kegagalan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.