,
Berita

Kes Pukul: Awie Diperintah Bayar RM80,000 Kepada Bekas Isteri

Syafiqah Jalal
05/10/2018
05:36 MYT
Penyanyi rock Datuk Awie diperintankan untuk membayar ganti rugi akibat memukul bekas isteri, Rozana Misbun berjumlah RM80,000 dalam saman sivil terhadap artis itu.
Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 28 September lalu telah menghakimkan ganti rugi am sebanyak RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan kos sebanyak RM10,000 untuk dibayar oleh Awie kepada pihak Rozana.
Rozana diwakili oleh peguam Ahmad Fakhri Abu Samah sebagai peguam utama serta Azlan Abd Roni, Muhammad Azwar Ab Manab dan Nasyrah Ezzan Ali.
Azlan Abd Roni menjelaskan bahawa saman sivil yang difailkan oleh Rozana adalah untuk perbuatan tort hentaman (battery) atau pukul yang telah dilakukan oleh Awie selaku defendan kes itu pada 2 Jun 2014 di beberapa kawasan termasuk di kaunter Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Saman sivil yang telah difailkan oleh Rozana bertujuan menuntut ganti rugi untuk kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Rozana yang mana antaranya adalah keretakan pada bahagian tulang rusuk ke sembilan dan ke-sepuluh, lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri,lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung.
Ini termasuk penderitaan dialami Rozana antaranya luka, lebam, sakit, kesengsaraan dan kesukaran untuk bernafas termasuk kos rawatan di hospital dan juga malu yang terpaksa ditanggung oleh Rozana iaitu bekas isteri defendan berakibat daripada perbuatannya.
Pada 7 Mac 2016, vokalis kumpulan Wings itu dilepaskan daripada pertuduhan jenayah mencederakan Rozana, 40, oleh Mahkamah Majistret Ampang selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf.
Sebelum itu, pada 4 Julai 2014, Awie, 50, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan Rozana yang ketika itu isterinya di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun 2014 di Mahkamah Majistret Ampang.
Penyanyi itu turut sekali lagi didakwa dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.Sumber: Mstar Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Terkini

Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta? - “Saya Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh…”

gempak
16/11/2024
07:55 MYT
Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.
Hiburan

Dituduh Guna Hasil Wang Haram, Shuib Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Memang Suka Saman-Menyaman”

gempak
16/11/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib mendedahkan dirinya telah difitnah oleh seorang individu di laman media sosial, TikTok baru-baru ini.
Hiburan

Risiko Banjir & Hujan Lebat Punca Rock Warrior Music Festival Ditunda Ke Mei 2025!

gempak
11/11/2024
03:20 MYT
Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur akan ditunda tarikhnya kepada bulan Mei tahun hadapan.
Hiburan

Menang Kes Mahkamah, Shakila Saiful Bawa Diri - "Saya Berhijrah Ke Tempat Lain Untuk Pulihkan Hati, Jiwa & Minda"

gempak
29/10/2024
03:35 MYT
Pelakon dan model Shakila Saiful memaklumkan dia perlu berhijrah keluar dari Malaysia buat sementara waktu bagi memulihkan dirinya.
Unitar