gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
30​ Tahun Berbakti, Guru Hanya Terima Gaji RM83 Tiga Bulan Sekali
HIBURAN
Juicy Luicy Bakal Hangatkan RIF 2025 Ogos Ini, Barisan Artis Fasa Kedua Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi!
HIBURAN
Hanya Lima Hari Setiap Pelakon, Tom Lim Hadapi Tekanan Masa Ketika Arah Worth The Wait - “Setiap Pelakon Hanya Boleh..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) Tampil Dengan Kategori Baharu, Angkat Tema ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
08/07/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) Tampil Dengan Kategori Baharu, Angkat Tema ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’
Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) kembali pada tahun ini dengan menaruhkan kategori Aksi & Lagak Negri Terbaik.
Menurut Timbalan Komunikasi, YB Teo Nie Ching, anugerah itu diwujudkan untuk mengiktirafkan keberanian dan profesionalisme para karyawan.
“Bagi mengiktiraf keberanian, kesungguhan dan profesionalisme para karyawan dalam menjayakan adegan aksi yang mencabar secara selamat dan berkualiti.

“Lonjakan ketara penerbitan filem aksi tempatan bukan sahaja berkualiti dari segi teknikal, malahan mempunyai nilai tontonan yang tinggi,” katanya kepada Gempak.

YB Teo Nie Ching berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sidang Media Pertama FFM34 yang berlangsung di Finas, Hulu Kelang, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pemenang bagi kategori tersebut juga akan membawa pulang trofi khas serta wang tunai bernilai RM5,000.
Ini adalah senarai kategori yang dipertandingkan:
1. Filem Terbaik 2.⁠ ⁠Pengarah Terbaik 3.⁠ ⁠Pelakon Lelaki Terbaik 4.⁠ ⁠Pelakon Wanita Terbaik 5.⁠ ⁠Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 6.⁠ ⁠Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 7.⁠ ⁠Pelakon Kanak-Kanak Terbaik 8.⁠ ⁠Pengarah Harapan 9.⁠ ⁠Pelakon Lelaki Harapan 10.⁠ ⁠Pelakon Wanita Harapan 11.⁠ ⁠Cerita Asal Terbaik 12.⁠ ⁠Lakon Layar Terbaik 13.⁠ ⁠Sinematografi Terbaik 14.⁠ ⁠Penyunting Terbaik 15.⁠ ⁠Penataan Bunyi Terbaik 16.⁠ ⁠Penataan Seni Terbaik 17.⁠ ⁠Kesan Khas Visual Terbaik 18.⁠ ⁠Skor Muzik Terbaik 19.⁠ ⁠Lagu Tema Terbaik 20.⁠ ⁠Tatarias/ Solekan Terbaik 21.⁠ ⁠Rekaan Kostum/ Busana Terbaik 22.⁠ ⁠Poster Terbaik 23.⁠ ⁠Filem Pendek Terbaik 24.⁠ ⁠Dokumentari Terbaik 25.⁠ ⁠Anugerah Khas Karyawan 26.⁠ ⁠Anugerah Khas Sepanjang Zaman 27.⁠ ⁠Anugerah Khas Juri 1 28.⁠ ⁠Anugerah Khas Juri 2 29.⁠ ⁠Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik (kategori baharu) 30.⁠ ⁠Anugerah Khas Filem Box Office
Dalam pada itu, Pengarah Festival Filem Malaysia ke-34, Yang Mulia Raja Mohammad Adhzim Raja Ahmad berkata penyertaan bagi 30 kategori yang dipertandingkan kali ini telah dibuka bermula 8 Julai 2025 sehingga 18 Julai 2025.
“Kami jemput mana-mana karya yang diterbitkan bermula 1 Julai 2024 hingga 30 Jun tahun ini untuk menghantar penyertaan,” katanya.
Mengangkat tema ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’, FFM34 meraikan kepelbagaian gaya penceritaan dan keberanian dalam mengeksplorasi sempadan baharu seni visual.
Tema ini mencerminkan penghargaan terhadap kreativiti tanpa batas dan dinamisme sinema sebagai cerminan denyut nadi masyarakat moden, selari dengan perkembangan teknologi dan realiti sosial masa kini.
FFM34 akan dianjurkan pada 8 November 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Festival Filem Malaysia
#FINAS
#Anugerah
#Baharu
#FFM34
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement