Berita

Kes Pecah Amanah: Vivy Yusof, Suami Selesai Bayar Jaminan

gempak
Awani
05/12/2024
09:52 MYT
Sponsor Banner
Kes Pecah Amanah: Vivy Yusof, Suami Selesai Bayar Jaminan
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang didakwa atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bernilai RM8 juta meninggalkan Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang selepas membayar wang jaminan.

Selesai Ikat Jamin

Mahkamah Sesyen yang bersidang pada pagi Khamis menetapkan masing-masing diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasangan itu perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan.
Selain itu, kedua-dua tertuduh juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dihalang daripada mengganggu serta mempengaruhi saksi dalam kes ini sehingga kes selesai.
Terdahulu, pasangan itu didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet Sdn. Bhd., yang telah diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB telah melakukan pecah amanah dana pelaburan tersebut.
Kedua-dua tertuduh didakwa membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet Sdn Bhd.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Seksyen itu yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Rosli Ahmad menetapkan sebutan semula kes 22 Januari tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aset Dibekukan, Vivy Yusof & Suami Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah Dana Pelaburan PNB, Khazanah Bernilai RM8 Juta

ARTIKEL BERKAITAN: Isu FashionValet: Vivy Yusof, Suami Akan Didakwa Khamis Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Aliran Tunai FashionValet, SPRM Rakam Percakapan Empat Lagi Individu

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM Beku Akaun Persendirian, Syarikat Vivy Dan Fadza Bernilai Kira-Kira RM1.1 Juta

ARTIKEL BERKAITAN: Isu FashionValet: 11 Beg Tangan, Seutas Jam Tangan Mewah Disita Dari Kediaman Vivy, Fadza

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Sebuah Kajian Dedah Tingkah Laku Vivy Yusof Seorang ‘Humblebrag Dalam Media Sosial’ - "Sentiasa Complain Tapi..."

Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024