,
Laman Utama

“Kereta Sedondon Pulak” - Cat Warna Sama, Cantiknya Vellfire Rose Gold Matte Milik Memey Suhaiza & Abby Abadi

Azwa Rahman
04/02/2021
12:00 MYT
Pelakon Memey Suhaiza berkongsi khabar gembira apabila kereta milik keluarganya dan Abby Abadi berwajah baharu dan berwarna sedondon.
Menerusi laman sosial Instagram, Memey berkongsi beberapa keping foto sewaktu menerima kereta jenis pelbagai guna Toyota Vellfire warna rose gold matte miliknya dan Abby untuk tatapan umum.
“Yang ditunggu akhirnya sampai. Siapa yang teka warna ni, cepat mengaku. Cantik tak warna ni? Mama mummy kan kembar @abby_abadi112. Semua sama kecuali no plate je beza haha. Alhamdulillah berbaloi tunggu,” tulis Memey menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Memey dan Abby bergambar di hadapan kereta masing-masing dan kelihatan berpuas hati dengan hasil warna Vellfire milik keluarga masing-masing.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji warna kereta terbaharu pasangan ‘kembar’ ini yang cantik dan lain daripada yang lain.
Malah, ramai yang turut suka melihat hubungan ukhwah Memey dan Abby sehingga mempunyai jenis dan warna kereta yang sama.
Cantiknya, suka tengok kaler ni. Doakan saya ada kereta jugak ye satu hari nanti,” komen seorang wargamaya.
Sudahhh, kereta pun sedondon pulak,” kata seorang wargamaya.
Masya-Allah suka tengok family ni,” puji seorang wargamaya.
Menangis la papa dengan abah. Sebab kaler mak mak sungguh. Cantik gila,” usik seorang wargamaya.
Semoga sahabat hingga ke jannah kelak. Suami je lain-lain,” tulis seorang wargamaya.
Aduh kembar ni, kalau dari dulu lagi camni mesti dah serumah dan sekarang ni,” ujar seorang wargamaya.
Sehingga kini, foto Memey tersebut telah menerima hampir 36,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Sambut Hari Lahir Danisha, Kehadiran Marissa Dania Pula Tarik Perhatian Netizen - “Mama Sayang Semua Anak-Anak…”

gempak
16/09/2024
02:58 MYT
Pelakon Abby Abadi berkongsi momen dia sekeluarga membuat kejutan hari lahir buat anak perempuannya Maria Danisha Hakim pada malam, Ahad.
Hiburan

Abby Abadi Rasa Rindu Bila Peluk Model Persis Wajah Anak - “Tiba-Tiba Datang Rindu”

gempak
11/09/2024
23:55 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

“Hitam Sangat Hati Tu, Jealous Ke Wak” - Dikatakan Macam Mak & Anak Bila Berlakon Dengan Zack X Factor, Abby Abadi Tegur Sikap Netizen

gempak
03/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi menegur sikap netizen yang sering mencari keburukkan orang lain dengan tujuan untuk memberikan komen negatif.
Hiburan

Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

gempak
28/08/2024
08:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mencuri perhatian warganet.
Hiburan

“Kita Diuji Sebab Allah Sayang” - Norman Hakim

gempak
28/08/2024
01:55 MYT
Aktor Norman Hakim menyifatkan setiap perkara yang hadir dalam kehidupan adalah diluar kawalan seseorang.