,
Viral

Kereta Push Start Button Senang Dicuri, Ini Langkah Berjaga-Jaga Yang Perlu Dipertimbangkan

Firdaus
23/05/2024
12:55 MYT
Teknologi yang canggih tidak semestinya selamat. Menurut Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC), kereta yang dilengkapi dengan teknologi butang ‘push start’ boleh dicuri dalam masa kurang daripada satu minit.

"Fob kunci di dalam poket dan beg pemilik masih boleh menghantar isyarat...

Koordinator VTREC, Mas Tina Abdul Hamid berkata, proses mencuri kenderaan dengan teknologi tersebut agak mudah di mana pencuri hanya perlu menggodam isyarat yang terhasil dari fob kunci (keyfob) bagi mendapat akses keseluruhan kereta.
“Ini berfungsi melalui gelombang radio jarak dekat, fob kunci di dalam poket dan beg pemilik masih boleh menghantar isyarat kepada alat geganti amplifier (relay amplifier) dan kemudian alat geganti pemancar (relay transmitter).
"Pencuri juga boleh berjalan di sekitar rumah dengan geganti untuk mengesan isyarat yang dipancarkan oleh fob kunci,” katanya.

Netizen Luah Rasa Risau

Perkara itu dikongsi semula di aplikasi X, di mana rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang terhadap keselamatan kereta mereka.
“Takutnya!”
“Ah sudah, memang aku cabut stereng kereta aku lepas ni!”
“Itu pasal lah aku letak alat pengesan dalam kereta. Takut benda macam ni jadi.”
Tapi macam mana dorang buat eh?
I yg takda kereta ni pulak yg risau terlebih. Tak boleh bayang bangun2 tidur hilang kereta ? pic.twitter.com/fzJfACMDG0— Shu bukan Syu (@she_rns) May 21, 2024

BERITA TRENDING: “Dia Tak Malu Pun Suami Belikan Kereta Second Hand Je” - Netizen Puji Atikah Suhaime, Humble & Sweet

Susulan itu, bagi membanteras permasalahan tersebut VTREC mencadangkan beberapa langkah keselamatan untuk mencegah kecurian daripada berlaku.
Antara langkah yang diketengahkan adalah seperti meletakkan fob kunci ke dalam beg faraday bagi menyekat isyarat peranti tersebut daripada digodam pencuri.
Selain itu, peranti seperti alat pengesan dan juga kunci stereng disarankan untuk digunakan dalam kenderaan supaya kegiatan pencurian lebih sukar untuk dijalankan.
Sekadar info, menurut data kes kecurian kenderaan pada bulan Januari hingga Mei tahun lalu di daerah Petaling Jaya mencatatkan 185 kes di mana 113 daripadanya adalah motosikal, 60 kereta manakala selebihnya adalah van.
Sumber: The Star
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar