,
Laman Utama

Kerap Batuk Dan Demam? Tompok Hitam Berdebu Di Siling Rumah Mungkin Puncanya

Mya Amri
04/10/2020
06:00 MYT
Demam dan batuk merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh penduduk di dunia.
Namun sekiranya anda kerap mengalami dua gejala itu mungkin persekitaran anda yang kurang bersih adalah puncanya.
Menurut perkongsian akaun Facebook rasmi Public Health Malaysia, siling di dinding pejabat atau rumah yang memiliki tompok-tompok hitam berdebu adalah kemungkinannya.
“Itu adalah KULAT. Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
“Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
“Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
“Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
“Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengakibatkan masalah kronik seperti astma.
“Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
“Tanda-tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas,” kongsi posting berkenaan.
Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok-tompok hitam berdebu yang berkumpul? Ya, itu...Posted by Public Health Malaysia on Saturday, 3 October 2020
Dalam pada ada itu, Public Health Malaysia juga turut berkongsi langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah kulat berkenaan.
Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan yang perlu dilakukan. 1.Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
2.Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
3.Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
4.Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
5.Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat pembaca Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar