Laman Utama
Kerajaan Arah Lupus Hamster, Ribuan Sukarelawan Di Hong Kong Tawar Diri Tolong Jagakan ...
Ribuan orang di Hong Kong secara sukarela menawar diri menjaga hamster yang diabaikan pemilik asal akibat panik apabila kerajaan memerintahkan pelupusan haiwan peliharaan itu atas risiko jangkitan COVID-19.
Pihak berkuasa pada Selasa lalu mengarahkan pelupusan 2,000 hamster dari kedai haiwan peliharaan dan ruang simpanan, selepas mengesan kes penularan koronavirus ke atas seorang pekerja di sebuah kedai yang menjual haiwan itu, lapor Channel NewsAsia.
Di kedai yang bernama Little Boss itu, 11 ekor hamster dilaporkan telah diuji positif COVID-19.
Saintis di seluruh dunia dan pihak berkuasa kesihatan Hong Kong bagaimanapun berkata, masih belum cukup bukti bahawa haiwan memainkan peranan utama dalam merebaknya wabak itu kepada manusia.
Namun, atas polisi sifar toleransi ke atas COVID-19, Setiausaha Kesihatan, Sophia Chan, pada Selasa berkata, pihaknya tidak boleh menolak sebarang kemungkinan jangkitan, oleh itu pihak pemerintah tidak perlu berjaga-jaga.
Baca selanjutnya di Awani
Must-Watch Video