gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Bagi Saya Kecewa Ini Bukan…” - Karl Shafek Puas Dapat Luah Perasaan Melalui Rekaan Busana
HIBURAN
Soo Wincci Geram, Kecam Tindakan Remaja Hina Gelandangan - “Menjijikkan! Memang Tak Ada Otak”
GAYA HIDUP
Hatta Dolmat Layar Semula Memori 10 Tahun KLFW Menerusi Koleksi ‘Perahu Kertas’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Hatta Dolmat Layar Semula Memori 10 Tahun KLFW Menerusi Koleksi ‘Perahu Kertas’

Umirah Halim
Umirah Halim
06/08/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Hatta Dolmat Layar Semula Memori 10 Tahun KLFW Menerusi Koleksi ‘Perahu Kertas’
Pereka fesyen, Hatta Dolmat kembali ke pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 dengan koleksi terbaharu berjudul Perahu Kertas, sebagai simbolik kepada pelayaran 10 tahunnya bersama acara fesyen berprestij itu.
Menerusi koleksi tersebut, Hatta menterjemahkan kisah ketabahan, keberanian dan kreativiti tanpa henti dalam mendepani pelbagai cabaran kehidupan sebagai seorang pereka fesyen tempatan.
“Perjalanan 10 tahun saya bersama KLFW bukan sekadar ruang untuk mempersembahkan rekaan. Ia adalah tempoh pembelajaran dan penemuan makna sebenar di sebalik fesyen lestari.
“Pengalaman ini membentuk cara saya berkarya dan menyampaikan naratif menerusi setiap helaian pakaian yang saya hasilkan,” kata Hatta.
Mengambil inspirasi daripada simbolik perahu kertas yang halus, ringan dan mudah koyak, koleksi ini bukan sekadar himpunan fesyen, sebaliknya merupakan naratif emosi yang mendalam tentang perjuangan seorang pereka.
Bagi Hatta, perahu kertas itu menggambarkan dirinya sendiri dalam dunia fesyen iaitu rapuh namun terus bertahan, lembut namun tegas, dan sentiasa dipandu oleh harapan yang tidak pernah padam.
Tidak seperti kebiasaan yang penuh glamor, Hatta kali ini memilih pendekatan lebih minimalis dan reflektif di pentas peragaan.
Menggunakan fabrik ringan seperti kapas, linen dan denim, setiap potongan menggambarkan rentak kehidupan seharian dengan siluet yang diinspirasikan daripada seni lipatan kertas (origami) membangkitkan memori zaman kecilnya dengan penuh nostalgia.
“Seperti perahu kertas, hidup ini mudah tercalar. Kita berhenti, kita berehat. Namun apabila harapan kembali menyala, kita temui semula keberanian untuk belayar,” kata Hatta lagi.
Menariknya, Perahu Kertas turut menampilkan kerjasama istimewa bersama Opai, menerusi pelancaran minyak wangi baharu dinamakan HOPE.
Wangian tersebut diinspirasikan daripada kenangan zaman kanak-kanak Hatta, dengan setiap nota bau dipilih sendiri oleh pereka itu.
“Inilah kolaborasi pertama seumpamanya di Malaysia yang menggabungkan fesyen dan haruman dalam bentuk paling peribadi,” ujar Opai.
Topic Berkaitan
#KLFW
#dolmat
#hatta
#perahu kertas
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement