,
Hiburan

Kena Buat Lagu Ala 90an Dulu Kot Baru Boleh Masuk – Ayda Jebat Sentap Mata Gagal Mara AJL 32?

Fiza Kamarudin
14/11/2017
11:15 MYT
Beberapa komen penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selepas lagu nyanyiannya Mata tidak terpilih ke Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32), tular di media sosial.
Pengikut Instagram Ayda, telah menulis ucapan semangat di ruangan komen pada salah satu entri yang dimuat naiknya semalam.
Bagaimanapun, selepas Ayda membalas beberapa komen di entri tersebut, ada peminat (mungkin juga haters) yang menganggap dia sentap kerana lagu ciptaan Audi Mok, Shazee Ishak dan dirinya itu tidak terpilih untuk dipertandingkan di AJL 32.
Sungguhpun ada yang membuat telahan sendiri, para peminat Ayda meminta penyanyi tersebut tidak berputus asa dan akan menghasilkan lagu yang lebih baik pada masa akan datang.
Kepada Ayda, teruskan berkarya dan jangan putus asa ya!
Dalam pada itu, 12 lagu yang mara ke AJL 32 ialah:
Keputusan 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 2018 AJL 32 (Rasmi Finalis)
Daripada 30 senarai lagu yang bertanding, hanya 12 lagu finalis lagu sahaja yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu 2018 (AJL 32). Berikut adalah senarai 12 Finalis lagu AJL 32.
Tahniah 12 lagu yang mara ke Pentas AJL32 1. Faizal Tahir – Sejati 2. Haqiem Rusli – Tergantung Sepi 3. Hael Husaini – Jampi 4. Dayang Nurfaizah – Separuh Mati Ku Bercinta 5. Altimet – Amboi 6. Syamel – Lebih Sempurna 7. Hazama – Aku Yang Sebenar 8. Salma – Akhirnya Cinta 9. Wany Hasrita – Menahan Rindu 10. Syamel & Ernie Zakri – Aku Cinta 11. Khai Bahar – Bayang 12. Ara Johari – Warkah Untukku
12 lagu yang mara bakal berentap di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang akan diadakan di pada Februari depan.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.