Hiburan

Mira Filzah Percaya Suami, Tiada Masalah Berlakon Drama Kecurangan - “Saya Sangat Bersyukur Kerana…”

gempak
Asyikin Mayudin
28/11/2024
00:31 MYT
Sponsor Banner
Mira Filzah Percaya Suami, Tiada Masalah Berlakon Drama Kecurangan - “Saya Sangat Bersyukur Kerana…”
Memegang watak sebagai seorang isteri dicurangi dalam drama terbaharu terbitan Astro ‘Curang Tanpa Niat’ tidak menggugat kepercayaan pelakon Mira Filzah terhadap suaminya iaitu Wan Emir Astar.

Kerja & Kehidupan peribadi

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata dia tidak mempunyai masalah untuk mengasingkan kerja dan kehidupan peribadinya.

"Saya memang percaya dengan suami. Kita ada meletakkan kepercayaan kepada suami. Apabila berlakon itu ada juga rasa takut, tetapi saya peribadi ini (lakonan) adalah dua perkara berbeza dengan realiti.

"Jadi saya tidak menggabungkan antara soal kerjaya dan hal peribadi. Jadi pada saya tidak timbul rasa kurang selesa dalam diri saya selepas melakonkan watak isteri dicurangi suami," katanya kepada Gempak.
Mira yang ditemui dalam sidang media tiga drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kunci utama

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini turut memberitahu, komunikasi menjadi kunci utama hubungannya dengan suami sejak mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

"Suami saya tahu saya berlakon dalam cerita ini (tentang. Saya sangat bersyukur kerana dia banyak memberi sokongan. Seperti saya katakan, saya sangat percaya dengan suami dan meletakkan kepercayaan kepada dia.

“Bagi saya komunikasi itu sangat penting dan sebagai pasangan yang sudah berumah tangga, saya juga sangat mementingkan komunikasi dengan suami,” ujarnya.

Sepanjang empat tahun berumah tangga, Mira dan Wan Emir dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Wan Khai Amir yang berusia dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Block Just Block, Tapi Tak Payah Sampai Keluarkan Kata-Kata Yang Tidak Baik” - Mira Filzah

Dalam perkembangan lain, Mira yang terlibat dalam drama Curang Tanpa Niat terbitan iFAME akan memulakan siaran di saluran Astro Ria pada 23 Disember depan.
Selain Mira, karya arahan Eyra Rahman itu turut membariskan pelakon antaranya Shukri Yahaya, Sharifah Sakinah, Evertts Gomes dan Azqa Aziz.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024