,
Laman Utama

Kementerian Pengangkutan Beri Kelonggaran, Mangsa Banjir Dikecualikan Bayaran Ganti Lesen Kenderaan

Asraf Aided
22/12/2021
03:40 MYT
Bencana banjir yang menimpa tentunya memberi pelbagai kesan dan mengganggu urusan harian mereka yang terkesan.
Justeru, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, mangsa banjir diberi pengecualian daripada membayar yuran penggantian Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
Kata beliau, tiada tempoh ditetapkan untuk mangsa menggantikan dokumen berkenaan memandangkan masih banyak urusan penting lain seperti menguruskan rumah dan keluarga.
Menurutnya, mangsa banjir yang mahu mendapatkan pengecualian tersebut perlu membuat laporan polis tentang kehilangan dokumen sebelum berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Tidak perlu tergesa-gesa untuk melakukan urusan ini. Saya minta JPJ membantu mereka yang terjejas dan kalau boleh kita hendak meletakkan kaunter mobil JPJ untuk memudahkan urusan mangsa banjir nanti," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Untuk makluman, kadar bayaran yang ditetapkan JPJ bagi penggantian lesen memandu ialah RM20, bayaran salinan cukai jalan bagi motosikal (RM20) dan kereta (RM50).
Dalam pada itu beliau berkata, agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) antaranya JPJ, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Laut Malaysia telah digerakkan untuk membantu mangsa banjir.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lesen Memandu, Kenderaan Boleh Diperbaharui Menerusi Aplikasi MyJPJ Bermula 1 Februari Ini

gempak
02/01/2024
14:55 MYT
Senang dah lepas ni
Laman Utama

Nancy Shukri Pesan Jangan Lupakan Tragedi Batang Kali, Mangsa Banjir Sewaktu Sambut Krismas

gempak
24/12/2022
22:50 MYT
Rakyat Malaysia diseru untuk sentiasa berbuat ihsan pada waktu yang mencabar
Laman Utama

Finalis Hero Remaja 2021 Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

gempak
08/01/2022
04:40 MYT
Tidak hanya beraksi di depan kaca televisyen, empat selebriti Hero Remaja 2021 mengambil langkah proaktif menyantuni mangsa banjir yang terkesan akibat bencana alam itu di Pahang.
Laman Utama

‘Kedai Percuma Paknil’ Untuk Mangsa Banjir

gempak
04/01/2022
11:48 MYT
Semoga memberi manfaat...
Laman Utama

Beli Pen RM75 Ribu Sebatang Gara-Gara Tak Mahu Stress, Netizen Sekolahkan Iqbal; "Pergilah Bantu Mangsa Banjir, Membazir Amalan Syaitan"

gempak
31/12/2021
12:10 MYT
Usahawan kontroversi yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila memberitahu dia kini memiliki sebatang pen jenama mewah bernilai RM75,000.