,
Laman Utama

Kecoh Isu Langgar SOP Sebab Tak Pakai Sarung Tangan, Ini Jawapan Menteri!

Hanafis Haris
20/01/2021
15:36 MYT

Platform media sosial Twitter sekali lagi menjadi kecoh apabila tular video pegawai polis yang dikatakan telah mengeluarkan kompaun terhadap seorang wanita.

Apa yang menjadi persoalan, antara kesalahan dinyatakan polis tersebut adalah tidak memakai sarung tangan atau glove.

Video berkenaan kemudian mencetuskan kemarahan ramai netizen memandangkan penggunaan sarung tangan tidak termaktub dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Malah, perkara itu turut disahkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tiada SOP pakai glove,” katanya yang membalas ciapan pada posting yang viral tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen meminta kerajaan supaya menyelarasakan perintah SOP kepada semua pihak berkuasa supaya tidak bercanggah.

Anda boleh lihat respon menteri tersebut di bawah.

Untuk makluman, pemakaian sarung tangan di tempat awam kurang digalakkan kerana faktornya yang mengurangkan deria sentuhan sekali gus tidak menjamin keselamatan pemakai daripada dijangkiti sebarang penyakit termasuk COVID-19.

Menerusi laporan Bernama dikeluarkan Mac tahun lalu, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Seremban Dr Nor Izran Hanim Abdul Samad berkata memakai sarung tangan boleh menimbulkan sedikit bahaya kerana mampu memberikan 'gambaran palsu' kepada pemakainya apabila mereka menyentuh sebarang permukaan.

"Contohnya, sekiranya kita menyentuh sesuatu permukaan yang berdebu atau berminyak, kita akan terus mencuci tangan tetapi apabila seseorang itu memakai sarung tangan dan tersentuh pada permukaan yang berdebu atau berminyak maka sentuhan sebenar tidak dapat dirasai.

“Ini akan memberi 'gambaran palsu' bahawa kita rasa yang kita selamat tetapi mungkin secara tidak sengaja kita dah pindahkan kekotoran atau kuman ke tempat lain seperti baju dan kulit tanpa kita sedari,” katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

"Maggi Tu Saya Patah Dua, Satu Makan Breakfast, Satu Lagi Simpan Dinner" - Amir Ahnaf

gempak
15/04/2023
04:54 MYT
Cerita peritnya zaman PKP.
Laman Utama

Jatuh Sakit Sejak PKP, Wan Raja Susut 10kg- "Jika Tersalah Makan..."

gempak
05/04/2023
04:44 MYT
Wan Raja Kini Susut 10kg
Laman Utama

Jangan Cium & Kena Minta Izin Nak Sentuh Anak, Antara Peraturan Mira Filzah Tetapkan Ketika Akikah

gempak
06/10/2022
03:55 MYT
Mira Filzah Tetapkan SOP Ketika Akikah