,
Laman Utama

Kecoh Iedil Putra 'Hilang', Ini Komen Dari Netflix Malaysia!

Amri Hassan
18/06/2023
09:25 MYT
Selepas tular hantaran 'kehilangan' Iedil Putra di Instagram, Netflix Malaysia tampil memberikan penjelasan berhubung perkara terbabit.
BACA: Dipercayai 'Gagal Dikesan' Sejak Awal Jun, Netizen Bongkar Ada IG Story Iedil Putra Makan-Makan Dengan Isteri Semalam?
Menerusi kenyataan media, platform perkhidmatan penstriman terkenal itu memaklumkan bahawa ia adalah sebahagian promosi pemasaran.
"Kami menghargai kebimbangan dan pertanyaan anda mengenai siaran dalam talian baru-baru ini mengenai kehilangan Iedil.
"Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa ini adalah sebahagian daripada promosi pemasaran.
"Iedil kini selamat dan sihat," kata Netflix Malaysia dalam kenyataan tersebut.
Dalam masa sama, Netflix Malaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang mungkin disebabkan kempen promosi berkenaan.
"Kami amat menghargai pemahaman dan sokongan anda pada masa ini.
"Terima kasih kerana menghormati komitmen Iedil terhadap kraf dan kerjanya.
"Butiran lanjut mengenai kempen akan didedahkan tidak lama lagi," tambah kenyataan itu.
Satu kenyataan dimuat naik di Instagram Iedil memaklumkan mengenai 'kehilangannya' pada Ahad.
Kenyataan tersebut mendakwa pelakon filem "Terbaik dari Langit" itu gagal dikesan sejak hadir pelancaran filem Netflix "Extraction 2" di Manila, Filipina baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.