HIBURAN
Pelakon Pengantin Setan Mengaku Hamil Luar Nikah: “Saya Hanya Mahu Jujur…”
Pelakon dan model Erika Carlina menggemparkan dunia hiburan Indonesia apabila mengaku hamil anak luar nikah.
Erika, 31, juga memberitahu sedang hamil sembilan bulan dan dijangka bersalin pada bulan hadapan.
Pengakuan tersebut dibuat bintang filem Pengantin Setan itu sewaktu menjadi tetamu Podcast Deddy Corbuzier, lapor Viva.co.id.
Dia yang juga popular menerusi naskhah Sosok Ketiga pada mulanya menjawab ucap selamat yang diberikan Deddy.
“Erika tahniah ya, ini sudah ada yang tahu?”soal Deddy.
Bintang Pabrik Gula ini kemudian menjawab kehamilannya baru diketahui keluarga dan teman rapat. Namun dia memilih mengumumkan kehamilannya untuk bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan.
“Ini kesalahan saya. Saya hanya mahu jujur. Saya juga tidak mahu fikir sama ada diterima atau tidak oleh netizen.
“Saya cuma mahu mengakui kesalahan dan jujur saja," katanya.
Meski boleh menyembunyikan fakta hamil di luar nikah dan melakukan penguguran, Erika mengatakan dia tidak mahu berbuat demikian kerana menyifatkan telah berbuat dosa besar.
“Saya sedar saya banyak dosa. Dan saya rasa ini kesalahan yang paling besar.
“Saya tidak mahu lepas daripada tanggungjawab. Ibu dan bapa juga meminta saya bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang telah dilakukan,” katanya lagi.
Erika bagaimanapun tidak mendedahkan lelaki yang telah membuat dia hamil.
Must-Watch Video