,
Laman Utama

“Kawan Saya Pernah Buat Filem…Ambil Pelakon Followers Berjuta, Tapi Kutipan Filem Tak Cecah RM100,000 Pun…” – Datuk A.Aida

Fiza Kamarudin
29/11/2021
08:15 MYT
Penerbit terkenal, Datuk A.Aida menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya jumlah pengikut atau followers pelakon merupakan kriteria utama untuk sesebuah karya menjadi viral.
A.Aida berkata, seorang sahabatnya pernah mengambil pelakon yang memiliki jumlah pengikut berjuta untuk membintangi filem terbitannya, namun kutipan tetap menyedihkan.
"Saya tak pernah percaya jumlah 'followers' boleh buat sesebuah drama atau filem viral. Kawan saya pernah buat filem, dia ambil pelakon yang ada 'followers' berjuta.
“Tapi kutipan filem tak cecah RM100,000 pun. Lagi pula, kalau ada pelakon yang berjuta 'followers' tapi malas nak promosi produk sendiri tak guna juga,” katanya.
Tambah A.Aida lagi apa yang penting ialah seseorang pelakon itu perlu bagus dan boleh berlakon.
Oleh itu katanya, sebagai penerbit dia perlu mengambil tahu tentang pelakon dicadangkan stesen TV dan mengkaji dahulu tentang individu tersebut.
"Secara peribadi bagi saya, paling penting kena tahu pelakon itu bagus dan boleh berlakon. Kalau stesen TV cadangkan pelakon baharu, saya akan kaji dan 'study' dulu pelakon itu dan cara lakonan dia.
“Kalau rasa tak sampai, saya akan cadangkan nama lain. Sebagai penerbit kena ambil tahu semua ini. "Macam saya buat drama Andainya Takdir, TV3 cadangkan ambil pelakon kanak-kanak baharu sebab asyik asyik muka Puteri Balqis.
“Jadi saya buat uji bakat. Tapi tak boleh, saya tak nak sebab nanti merosakkan cerita itu. Jadi saya ambil juga Puteri Balqis sebab kita tahu kemampuan dia. Kadang kena ikut tuah dan rezeki juga," katanya.
Dalam masa sama, A Aida juga pemilik syarikat A Aida Production Sdn Bhd berkata, eleman utama yang membolehkan sesebuah drama itu menjadi tular adalah jalan cerita, pemilihan pelakon, pengarah, skrip dan lagu tema yang bagus.
"Dalam soal pemilihan pelakon, saya akan tentukan. Stesen TV pun kena ikut. Sebab, macam saya kalau baca skrip itu kita sudah boleh tahu siapa pelakon yang boleh lakonkan karakter itu.
“Kalau tak dapat pelakon berkenaan, baharulah kita cari yang lain. Cara saya, untuk setiap watak itu kita senaraikan beberapa orang. Tak dapat pelakon A, cari pelakon B.
"Selain itu, jalan cerita dan skrip kena bagus. Kena ambil tahu juga apa kehendak slot. Macam Slot Akasia kita sudah tahu tema yang diketengahkan.
“Saya sudah faham sangat. Jadi, disebabkan itu untuk drama terbaharu saya, Kisah Cinta Kita saya buat ala drama Korea. Insya-Allah akan tular.
"Begitu juga macam drama Bidadari Salju sebelum ini. Apabila baca jalan cerita, saya terus bincang dengan Haqiem Rusli untuk buat lagu tema yang bagus.
“Maka terhasillah lagu Mimpi. Dengan lagu tema yang bagus juga akan membantu drama itu. Asal saja kita kena yakin. Ini cara saya," katanya.
A Aida berkongsi perkara itu pada sesi IG Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), menerusi topik How To Make A Drama Go Viral.
Sesi dikendalikan dua wartawan Harian Metro iaitu Sudirman Mohd Tahir dan Najiy Jefri itu diadakan bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada 10 Disember ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Jangan Ambil Jalan Mudah Bawa Lari Anak Dara Orang" - A.Aida

gempak
11/02/2024
03:50 MYT
Pelakon dan produser terkenal Datuk A.Aida terus berkongsi pandangan mengenai cinta golongan muda di media sosialnya.
Laman Utama

Isu Parking Van Seniman Di Finas Akhirnya Selesai, Zed Zaidi : “Selepas Membuat Bantahan Kenderaan Itu…”

gempak
12/02/2023
04:50 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Penonton Nak Tengok Pelakon Cantik & Berbakat! Tapi Apa Pendirian Noorkumalasari, Sharifah Rose & Hariz Hamdan?

gempak
15/11/2022
05:45 MYT
Sesi forum berjudul Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Pengukuh Kredibiliti? dianjurkan oleh WHAM
Laman Utama

Jari Kiri Hampir Putus, Anding Tak Serik Nak Berlakon – “Semuanya Berbaloi Dengan Pengiktirafan Ini”

gempak
13/12/2021
07:45 MYT
Tahniah Anding! Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31)
Laman Utama

#FFM31: Fesyen Songket, 'Cheon Seo Jin' Menyanyi - Ini 6 Momen Menarik Sepanjang Malam Kemuncak Anugerah

gempak
11/12/2021
13:40 MYT
Malam meraikan penggiat seni.