,
Gaya Hidup

"Kami Sepakat Kekalkan Warisan Keluarga" - Dua Beradik Mahu Teruskan Tradisi Ketupat Bawang

Badrul Hashim
04/06/2020
10:45 MYT
Prosesnya membuat ketupat bawang sangat renyah dan memakan masa yang lama, tetapi itulah hidangan paling mahal dan istimewa setiap kali tiba hari raya bagi keluarga ini.
Menurut Faizal Dzasrik, ianya merupakan warisan tradisi keluarga mereka yang bukan mudah untuk disediakan tapi sangat tradisi untuk mereka.
"Mak beketurunan Jawa Peranakan dan Minang Bukit Tinggi. Ketupat bawang ini memang warisan keluarga, tetapi Mak tak sempat belajar dengan arwah nenek.
"Tapi ada cerita istimewa di sebaliknya bagaimana Mak dapat resepi ketupat bawang sama seperti yang dibuat oleh arwah nenek," kata Faizal kepada Gempak.
Menurut Faizal, ketika muda ibunya belajar mengaji bersama seorang Ustazah di Petaling Jaya.
Sambil mengajar mengaji, Ustazah tersebut juga turut mengajar ibunya bagaimana membuat ketupat bawang.
"Kerana resepinya dan rasanya sama seperti yang dibuat oleh arwah nenek, Mak jadikannya resepi keluarga biarpun tidak belajar secara terus daripada arwah nenek.
"Bila Mak berkahwin dengan Ayah dan mempunyai kami dua beradik, Mak turunkan ilmu cara untuk membuat ketupat bawang kepada saya dan adik saya, Aizmeen Sofia yang sudah mula buat ketupat bawang sejak berumur 15 tahun lagi, cerita Faizal.
Menurut Faizal, ketupat bawang adalah berdasarkan kepada rupa dan bentuknya sahaja. Segala pembikinan dibuat secara tradisi.
"Menggunakan daun kelapa, kami menganyam ketupat sehingga berbentuk seperti bawang. Proses menganyam kalau ikut apa yang kami buat selalunya dalam tiga jam, kami akan dapat dalam 48 biji. Kemudian daun tersebut perlu direndam semalaman.
"Beras pulut yang sudah dibasuh dan ditoskan kemudiannya perlu direndam semalaman dengan santan cair dan sedikit garam," kata Faizal yang mengakui adiknya Aizmeen seorang yang pakar membuat ketupat bawang.
Memasukkan beras pulut bersantan ke dalam karung ketupat merupakan proses yang paling renyah dan mengambil masa yang agak lama.
"Boleh ambil masa berjam-jam lamanya. Mula-mula kena masukkan 3/4 beras pulut tersebut dari saiz kantung ketupat. Berlainan dengan ketupat nasi yang hanya perlu letak separuh, tetapi ketupat bawang guna beras pulut, jadi tak kembang macam beras biasa.
"Bila dah masukkan dalam kantung ketupat, perlu pula mengemaskan kantung tersebut agar pulut tidak terkeluar, dan perlu buatnya dengan teliti dan berhati-hati. Yang sudah siap, kami ikat lima biji seikat.
"Sudah siap, maka tibalah masanya untuk merebus ketupat bawang. Ketupat bawang ini kena rebus dalam santan cair dan mengambil paling kurang tiga jam untuk betul-betul masak.
Tambah Faizal, ini bermakna untuk menyiapkan ketupat bawang, mereka memerlukan masa lebih setengah hari tetapi buat keluarganya, masa yang dihabiskan sangat berbaloi.
"Rasanya sangat padu, berlemak dan lembut. Jauh berbeza dengan lemang dan ketupat palas. Malah, ketupat bawang ini wajib dihidangkan dengan rendang minang, sama ada rendang minang ayam atau rendang minang daging.
"Inilah hidangan yang wajib ada untuk keluarga kami setiap kali tiba hari lebaran. Hidangan paling 'mahal dan istimewa' iaitu ketupat bawang, hidangan tradisi yang mungkin semakin lama dilupakan," kata Faizal lagi dalam kesibukan masyarakat bandar memilih ketupat segera.
Faizal juga berkata, dia dan keluarga tidak lokek untuk berkongsi resepi ketupat bawang keluarganya kepada sesiapa sahaja yang bertanya.
Kalau kami dapat membantu meneruskan tradisi makanan yang diwarisi sejak zaman berzaman ini, kenapa perlu dirahsiakan daripada orang lain?
"Resepi ini saya dan adik saya akan teruskan sampai bila-bila untuk keluarga kami, dan pada sesiapa yang ingin belajar dan mencubanya," ungkap Faizal kepada Gempak.
Menurut Faizal, mereka akan mengekalkan tradisi warisan keluarga kerana ianya sukar lagi ditemui dan tradisi tersebut benar-benar mewakili tradisi keluarga mereka.
Kredit Gambar: Instagram @dzasrik / @aizmeen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar