HIBURAN
Syukur Sambut Menantu Baharu, Ibu Aisyah Aziz Titip Doa Buat Puteri Tersayang - “Walau Akan Berada Jauh Di Mata…”
Ibu kepada penyanyi terkenal Aisyah Aziz, iaitu Hafiza, meluahkan rasa syukur apabila menyambut menantu baharu ke dalam keluarga mereka iaitu Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail
Menerusi satu hantaran di media sosial, Hafiza mendoakan agar rumah tangga, Aisyah Aziz dan suaminya, sentiasa dilindungi dan dirahmati hingga ke syurga.
“Bismillah... Alhamdulillah segala puji pada Allah yg Maha Esa. Allahumma baarik di atas nikmat yg telah Allah beri pada kami sekeluarga. Kami menyambut anakanda Md Fakhrudin Amir ke dalam keluarga besar kami diiringi doa dan restu.
“Semoga rumah tangga yang dibina ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hingga ke jannah. Aamiin Allahumma aamiin,” tulis Hafiza.
Menerusi hantaran yang sama, Hafiza turut menitipkan pesanan penuh kasih buat Aisyah yang kini memulakan fasa baharu dalam kehidupannya sebagai isteri.
“Buat anakanda kami @aisyaah_aziz, walau akan berada jauh di mata, tapi pasti sentiasa dekat di hati dan dalam doa kami sentiasa. Aamiin Allahumma aamiin,” tambahnya.
Terdahulu, Aisyah Aziz telah sah bergelar isteri kepada Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, pada Jumaat lalu.
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu mendirikan rumah tangga bersama abang kepada pendakwah selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali PU Riz.
Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu bakal berlangsung pada malam ini secara tertutup di Singapura dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat.
Must-Watch Video