HIBURAN
Aedy Ashraf Beri Sokongan Pada Kawan Baik, Tak Sabar Nak Tengok Nas Jadi Keluang Man - “Watak Borhan Memang Kena Dengan Dia”
Pelakon, Aedy Ashraf mengakui tidak sabar untuk menonton filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Puji pemilihan Nas sebagai Keluang Man
Menurut Aedy, dia berasa teruja kerana sahabat baiknya iaitu Nas-T atau Nas Muammar Zar yang membawakan watak sebagai Keluang Man.“Saya sebenarnya sangat sangat teruja kerana kawan baik saya Nas-T yang memegang watak sebagai Borhan.“Bila keluar sahaja teaser Keluang Man, saya terus rasa kelakarnya, memang perwatakan Borhan itu kena dengan dia,” katanya ketika ditemui Gempak.
Bakal jadi naskhah hebat
Mengulas lanjut mengenai Keluang Man, Aedy berkata naskhah tersebut dilakukan dengan teliti oleh orang-orang hebat dalam industri.Malah kata Aedy, disebabkan itu dia percaya Keluang Man akan memberikan satu hasil yang menakjubkan kepada penonton kelak.
“Bila saya dapat tahu proses pembikinan mereka yang sangat ‘mind blowing’, saya terus rasa filem ini akan menjadi sesuatu yang menanjubkan,” ujarnya.“Sudah tentu Anwari sendiri merupakan seorang pengarah dan penulis skrip yang sangat hebat. “Saya sukakan kerja kerjanya, jadi saya tak dapat bayangkan lagi macam mana kombinasi mereka ini tetapi saya merasakan ia akan menjadi satu hasil yang hebat.
Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Saksikan kemunculan hero lagenda tanah air, Keluang Man dipawagam pada 29 Mei depan.
Must-Watch Video