,
Laman Utama

“Kami Okay Kalau Orang Nak Dukung Atau Cium Anak Kami” - Ikmal Amry Tak Mahu Jadi Ibu Bapa Paraniod

Azwa Rahman
27/04/2022
11:31 MYT
Pelakon Ikmal Amry mendedahkan dia tidak kisah jika ada orang yang mahu mendekati dan mendukung anak perempuannya, Cailie, 4 bulan, terutamanya menjelang lebaran nanti.
Menurut Ikmal dan isteri, Najla Shamsul, mereka tidak mahu menjadi ibu bapa yang terlalu paranoid membawa bayi dalam musim pandemik ini.
Jelas Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, dia sehabis baik mahu memberikan kehidupan yang normal untuk anak perempuannya.
“Kalau tanya kami berdua, kami okay je kalau raya nanti ada orang yang nak dukung atau cium anak kami. Kami tawakal je sebab taknak beria nak halang orang, beria sangat nanti, sakit tetap sakit jugak.
“Benda ni kami belajar masa pergi London baru-baru ni. Orang di sana dah tak pakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial, tiada SOP, orang pegang-pegang baby, bila kami check test masa nak balik, negatif.
“Kita nak lalui kehidupan seharian, dengan raya lagi, kalau boleh nak enjoy dengan baby, benda tu akan buat kita rasa terkongkong tau,” luah Ikmal kepada Gempak.
Ikmal dan isterinya ditemui pada majlis berbuka puasa Smart Bio yang diadakan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.
Dalam pada itu juga, Ikmal juga mahu mengelak daripada menjadi ibu bapa yang terlalu memikirkan isu pegang-memegang bayi ini.
“Jadi bukanlah kita taknak terlalu menjaga sangat ke apa, kita jaga. Tapi jangan terlalu overthinking, itu yang buatkan kita stress,”
“Cuma apa yang kami amalkan, bila balik dari keluar mana-mana ke, kami akan terus mandi, sabun, bersihkan baby. Pasal kebersihan diri dan baby kami jaga,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Ikmal disatukan dengan isterinya Najla, 23, pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Laman Utama

“Rahmat Ilahi, Alhamdulillah” - Ikmal Amry Syukur Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
28/10/2023
08:55 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

“Sentiasa Pegang Anak Masa Tidur…”- Trauma Selepas Kemalangan, Ikmal Amry Masih Belum Berani Memandu

gempak
22/09/2022
22:50 MYT
Ikmal Amry trauma selepas kemalangan
Laman Utama

[VIDEO]: “Tak Terima Tindakan Aku Lakukan” - Ikmal Amry Kongsi Detik Cemas, Selamatkan Anak & Isteri Ketika Kemalangan

gempak
06/09/2022
02:30 MYT
Mujur semua selamat. Alhamdulillah...
Laman Utama

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"

gempak
02/07/2022
13:23 MYT
Usaha tangga kejayaan.