“Kalau KL Kalahkan JDT, Aku Bogel Dari Kuala Lumpur...” - Perjanjian ‘Berani Mati’, Netizen Tuntut Bila Nak Tunaikan?
Seorang penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencetuskan perbualan ramai apabila sebelum ini pernah membuat ‘perjanjian’ menerusi satu video.
Menurut pemuda tersebut, dia dengan rela hati akan berbogel daripada Kuala Lumpur (KL) ke Johor sekiranya KL City) dapat menumpaskan JDT.
“Malam Johor lawan KL? Ok la macam ni, kalau KL boleh kalahkan JDT malam ni, aku bogel dari KL ke Johor, bogel tau.
“Serius cakap, bukan sembang punya. Tak ada dalam sejarah KL dapat kalahkan Johor
“Hidup JDT, aku bogel dari KL sampai Johor tau,” katanya.
“Ha mana orang yang nak kata bogel tu, sila tunaikan janji”.
“Mohon janji ditepati ya, kata bukan sembang”.
“Masih menanti perkara tersebut berlaku, jauh tu KL ke Johor,” tulis beberapa netizen.
Disifatkan sebagai ‘underdog’ di pentas final, pasukan 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.
Zhafri Yahya mengejutkan stadium dengan jaringan pertamanya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.
BACA : KL City Benam JDT, Muncul Juara Piala Malaysia Edisi Ke-100!