Hiburan
Kacak Wakilkan DSV Beri Bantuan RM200,000 Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan
Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi telah memperuntukkan hampir RM200,000 bagi sumbangan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, DSV telah mewakilkan anak lelakinya iaitu Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Kacak untuk menyampaikan sumbangan tersebut.
“Alhamdulillah hero mama, Kacak!
“Wakil mama untuk turun memberi sumbangan untuk rakyat Kelantan,” kata DSV.
DSV atau nama lengkapnya, Hasmiza Othman turut memaklumkan bahawa dia tidak dapat turut serta kerana tidak ada di Malaysia pada ketika ini.
Namun DSV yang juga penyanyi mendoakan agar semua yang terkesan dengan banjir kali ini dipermudahkan urusan mereka.
“Walaupun mama jauh , mama sentiasa doakan semoga semua yang terkesan dengan banjir kali ini dipermudahkan segala urusan ??
“Kali ini Saya memperuntukkan hampir Rm200,000 untuk membeli barang keperluan & makanan,” ujarnya diruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berterima kasih kepada DSV atas sumbangan yang telah disampaikan untuk rakyat Kelantan yang terjejas.
Must-Watch Video