,
Berita

#JusticeForZaynRayyan: Hak Jagaan Adik Zayn Rayyan Diserah Kepada Nenek Saudara

Awani
09/08/2024
11:25 MYT
Mahkamah Majistret di sini memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya, bermula Jumaat.

Nenek saudara

Majistret, Muhammad Syafiq Sulaiman memutuskan demikian selepas proses perundingan antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan peguam keluarga, Nurul Ikrimah Mohd Raya yang berlanjutan selama satu jam. Nurul Ikrimah berkata, hak jagaan diberi selama dua bulan sehingga 4 Oktober depan.
Bagaimanapun, beliau berkata, bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 29, dan ibu, Ismanira Abdul Manaf, 29, boleh bertemu anak mereka dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi, antaranya boleh meluangkan masa, tidak lebih lapan jam, sekali dalam masa seminggu.
"Bagi proses terapi, pasangan suami isteri itu, boleh menemani anak mereka sekali sebulan dan membuat panggilan video pada bila-bila masa, secara tanpa had.
"Sepanjang tempoh perjumpaan, pelindung kanak-kanak itu (ibu saudara Zaim) perlu berada bersama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan

ARTIKEL BERKAITAN: Sebutan Semula Kes Ibu Bapa Zayn Rayyan Pada 18 September

ARTIKEL BERKAITAN: Berakhir Dengan Tragis & Kekal Misteri Hingga Kini… Ini Kes Kanak-Kanak Hilang Yang Pernah Gemparkan Negara

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Adik Zayn Rayyan Ditempatkan Di Institusi Kebajikan Selama Dua Bulan

ARTIKEL BERKAITAN: PM Arah PDRM Siasat Rapi Kes Faisal Halim & Zayn Rayyan

Beliau berkata, Zaim dan Ismanira juga perlu membawa kanak-kanak itu bagi proses terapi khas, sekali setiap bulan.

Sementara itu, susulan keputusan itu, kanak-kanak berkenaan yang dibawa ke mahkamah, menceriakan keluarga Zaim dan Ismanira, yang tidak putus-putus mencium serta memeluk kanak-kanak berkenaan.

Pada 14 Jun lalu, adik kepada Zayn Rayyan ditempatkan di institusi kebajikan selama dua bulan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperoleh perintah jagaan sementara terhadap kanak-kanak berusia lima tahun itu di Mahkamah Majistret, Shah Alam.
Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember 2023 sebelum ditemukan mati, pada keesokan harinya.
Pada 13 Jun lalu, ibu bapanya, Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah, masing-masing satu pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini pada jam 12 tengah hari 5 Disember 2023 hingga jam 9.55 malam keesokkannya.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: Sinar Harian menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

Ismanira, Zaim Tak Putus Peluk Cium Adik Zayn Rayyan – “Dear Allah, The Only Thing I Ask Of You Is To Hold Him When I’m Not Around”

gempak
11/08/2024
07:28 MYT
Ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Zaim Ikhwan iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29, membuat perkongsian di media sosialnya, baru-baru ini.
Berita

Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan

gempak
26/07/2024
05:25 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat dimaklumkan nama kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember lalu telah ditukar kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan.