,
Laman Utama

Jururawat Bunuh 7 Bayi, Suntik Insulin, Susu Berlebihan Atau Masukkan Angin Dalam Tiub

Maliah Surip
11/10/2022
13:45 MYT
Seorang jururawat wanita di sebuah hospital di United Kingdom dituduh membunuh 7 bayi termasuk sepasang kembar dengan salah seorangnya meninggal dunia.
Selain membunuh tujuh bayi yang baru lahir itu, Lucy Letby, 32, juga didakwa cuba membuat khianat kepada 10 orang kanak kanak lainnya pada tahun 2015 sehingga 2016, sewaktu berkhidmat di Countess of Chester Hospital.
Dia yang kini dihadapkan ke mahkamah Manchester Crown, menafikan 22 pertuduhan dengan 17 membabitkan bayi yang disabitkan kepadanya.
Menurut fakta kes, Letby melakukan pembunuhan terhadap bayi dengan menyuntik insulin, susu berlebihan atau angin ke dalam badan kecil mereka yang baru lahir ke dunia.
Semua kejahatan tersebut dilakukan sewaktu gilirannya bekerja pada waktu malam. Hal itu kerana penjaga atau ibu dan bapa tidak datang melawat anak mereka yang ditempatkan di bilik bayi pada waktu malam.
Salah seorang mangsanya meninggal dunia kurang daripada 90 minit selepas berada dalam jagaannya.
Menurut pendakwaraya, wanita yang membuat carian butiran keluarga mangsa di Facebook itu lebih ‘berminat’ dengan pasangan kembar.
Malah terdapat satu kes dengan salah seorang daripada pasangan kembar yang menjadi mangsanya meninggal dunia, dan seorang lagi terselamat.
“Ada bayi yang cuba dibunuh beberapa kali. Ada masanya mereka disuntik dengan angin sahaja ke dalam badan. Ada masanya disuntik dengan susu yang berlebihan. Dan ada yang disuntik dengan insulin,” ujar pendakwaraya seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Terdahulu, polis menghidu perbuatan terkutuk Letby selepas hospital tersebut menunjukkan peningkatan kematian dalam kalangan bayi baru lahir atau jatuh sakit sepanjang Jun 2015 sehingga Jun 2016.
Menerusi pantauan dan semakan pihak berkuasa, kebanyakan waktu adalah tempoh Letby menjaga bayi baru lahir di unit khas.
Namun, dalam pendengaran kes pertamanya baru baru ini, Letby mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar