gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
"Arwah Suami Mahu Cari Pengasuh Terbaik, Tapi Tak Sangka Ajal Bayi Bersamanya” - Isteri
HIBURAN
Peguam Nafi Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai - “Sebenarnya Kalau Ia Ditarik Semula, Maka Tiada Tarikh Tangguhan”
HIBURAN
Lepas Kecoh Isu Didakwa Fail Cerai, Isteri Fikry Ibrahim ‘Upload’ Foto Pegang Tangan - “Terima Kasih Kepada Yang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Josiah Hogan Tak Sangka Nama Pengarah Dikecilkan Pada Hasil Akhir Filem - "Saya Tak Terfikir Pula Sampai ..."

gempak
Khairil Khusyairi
20/06/2025
04:50 MYT
Sponsor Banner
Josiah Hogan Tak Sangka Nama Pengarah Dikecilkan Pada Hasil Akhir Filem - "Saya Tak Terfikir Pula Sampai ..."
Pelakon, Josiah Hogan tampil menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui secara mendalam tentang wujudnya masalah antara pengarah filem biopik sejarah, Misteri Fraser 1910, Shuhaimi Zulkifli dan pihak penerbit, Elani Aidid.
Menurut Josiah atau nama lengkap, Josiah Padilla Hogan, 39, dia tidak menyangka keadaan menjadi serius hingga melibatkan nama pengarah ‘dikecilkan’ dalam hasil akhir produksi.
“Saya ada dengar beberapa masalah antara pengarah dan produksi tetapi saya tak terfikir pula sampai tahap nama dia ‘dikecilkan’.
“Saya tak faham kenapa perkara itu berlaku, saya bekerja dengan pengarah sampai hari terakhir.
“Saya ada berhubung dengan dia tetapi jika perkara babitkan dia dengan produksi, itu adalah hal mereka,” katanya kepada Gempak.
Josiah ditemui pada sidang media malam gala dan tayangan perdana filem lakonannya, Misteri Fraser 1910 di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam masa sama, Josiah memaklumkan dia sudah lama menantikan untuk bekerjasama dengan Shuhaimi.
“Selepas saya tonton, saya harus beri kredit pada pengarah sebab siapa saja yang boleh buat filem dalam masa singkat dengan bajet yang sedia ada.
“Saya dah lama nak bekerja dibawah arahan dia, kami sudah lama jadi rakan di Facebook,” kongsinya. Berbicara mengenai harapannya terhadap filem Misteri Fraser 1910, Josiah mengharapkan filem terbitan Millionaire Film Production Sdn Bhd itu berjaya meraih kutipan ‘box office’.
“Dengan keadaan sekarang ini, saya mengharapkan saya boleh menyerlah agar orang ramai boleh nampak bakat saya.
“Saya mahu orang lihat saya dalam pelbagai genre lakonan. Saya mahu buktikan pada semua apa lagi yang saya boleh lakukan.
“Sudah tentu saya mahu filem ini berjaya, saya harapkan yang terbaik walaupun apapun yang berlaku,” tutupnya positif.
Misteri Fraser 1910 bakal menemui penonton mulai 26 Jun depan menampilkan Amai Kamarudin, Siti Hariesa, Isyariana, Erry Putra, Datuk Rahim Razali dan A Galak.
Terdahulu, Millionaire Films Production mendakwa Shuhaimi melanggar kontrak sebagai pengarah filem Misteri Fraser 1910 dengan membuat tindakan menjejaskan hak etika dan moral produksi.
Kenyataan itu mendakwa, apa dilakukan Shuhaimi membawa kepada pengguguran namanya daripada jawatan pengarah untuk filem berkenaan.
Topic Berkaitan
#Filem
#Pengarah
#Penerbit
#NAMA
#Digugurkan
#“Misteri
#1910”
#Fraser
#“Josiah
#Hogan”
Must-Watch Video