gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
DRAMA
‘Dia Bukan Syurga’ Buat Penonton Tak Senang Duduk, Puas Hati Tengok Bapa Hempuk Tajul - “Dah Lama Tunggu…”
HIBURAN
Josiah Hogan Tak Sangka Nama Pengarah Dikecilkan Pada Hasil Akhir Filem - "Saya Tak Terfikir Pula Sampai ..."
BERITA
Edisi Siasat Sudah Tidak Boleh Diakses
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Arwah Suami Mahu Cari Pengasuh Terbaik, Tapi Tak Sangka Ajal Bayi Bersamanya” - Isteri

gempak
Gempak
20/06/2025
02:22 MYT
Sponsor Banner
"Arwah Suami Mahu Cari Pengasuh Terbaik, Tapi Tak Sangka Ajal Bayi Bersamanya” - Isteri
“Anak ketiga kami ini jaraknya 15 tahun dengan anak kedua, jadi arwah sering berpesan supaya menjaga Danial dengan baik kerana takut jika tersalah pilih pengasuh.”

Terkena serangan jantung ketika menjaga bayi

Demikian luahan pilu Azura Abd Malek Yaher, 37, yang kehilangan dua insan tersayang secara serentak iaitu suami dan anak bongsunya, dalam satu insiden menyayat hati yang dipercayai berpunca daripada serangan jantung.
Suaminya, Nurul Effendy Ibrahim, 35, dipercayai terkena serangan jantung ketika menjaga bayi mereka, Muhammad Danial Nurul Effendy, tiga bulan, lalu secara tidak sengaja terhempap ke muka bayi tersebut hingga menyebabkan bayi lemas.
Azura yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berkata, kejadian tragis itu berlaku pada hari pertama dia kembali bekerja selepas tiga bulan bercuti bersalin.

“Pagi itu saya hantar dua orang anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja. Mengikut perancangan, ibu saya sepatutnya jaga Danial hari ini. Tapi saya minta tolong suami jagakan Danial sementara.“Tak sangka itu menjadi perpisahan terakhir kami bertiga. Saya reda dengan ketentuan takdir,” katanya dalam nada sebak.

Arwah suami ambil berat soal jaga anak

Menurut Azura, arwah suaminya yang bekerja sebagai mekanik amat mengambil berat soal penjagaan anak bongsu mereka itu dan berkali-kali mengingatkannya agar mendapatkan pengasuh yang boleh dipercayai.

“Dia tak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada Danial sebab ini zuriat terakhir kami, pinjaman ALLAH yang tak dirancang.“Sebenarnya saya pun dah dapatkan pengasuh seperti yang arwah pesan dan Danial sepatutnya mula dijaga pengasuh pada 1 Julai nanti... Tapi Allah lebih menyayangi mereka berdua,” katanya lagi.

Azura turut berkongsi, sebelum dia keluar rumah, dia sempat melihat Danial seolah-olah sayu merenungnya namun tidak mengendahkannya kerana menyangka ia reaksi biasa seorang bayi.
Katanya, kejadian itu hanya disedari ketika dia pulang ke rumah untuk membawa Danial ke klinik bagi suntikan imunisasi bayi tiga bulan.
“Sampai di rumah saya dapati Danial berada di bawah lengan suami yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Saya terus hubungi pihak perubatan,” katanya.
Kedua-dua mereka kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Baby Maut
Must-Watch Video