HIBURAN
Peguam Nafi Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai - “Sebenarnya Kalau Ia Ditarik Semula, Maka Tiada Tarikh Tangguhan”
Peguam syarie mewakili Siti Khalizah Alihan, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib menafikan dakwaan anak guamnya yang juga isteri kepada Fikry Ibrahim itu menarik semula permohonan cerainya seperti yang didakwa pelawak itu malam tadi.
Tiada penarikan balik
Wan Muhammad Afiq berkata tiada tarikh tangguhan akan ditetapkan oleh pihak mahkamah jika penarikan balik dibuat pada semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Nekad Nak Cerai Sejak Mei, Isteri Fikry Ibrahim Ada Sebab Nak Berpisah - “Minta Maaf Saya Tak Boleh…”
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fail Cerai Selepas 4 Bulan Kahwin, Ini Respons Fikry Ibrahim
ARTIKEL BERKAITAN: 4 Bulan Kahwin, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai
“Ya betul pihak mahkamah memberikan tempoh yang panjang untuk berdamai. Sebenarnya kalau ia ditarik balik, maka tiada tarikh tangguhan dan mahkamah pun tidak akan memberikan tarikh tangguhan.
“Kami mohon tarikh selanjutnya adalah untuk menunggu pendirian atau jawapan dari plaintif (Fikry). Kalau kami tarik balik semalam maka selesailah. Tiada tarikh tangguhan.
“Tiada tarik balik dibuat semalam. Betul apa yang pihak media laporkan semalam dan saya pun takkan nak memaklumkan perkara yang bertentangan,” katanya.
Surat saman
Wan Muhammad Afiq turut memberitahu surat saman sudah pun diserahkan bagaimanapun plaintif tidak hadir ke mahkamah pada semalam.
“Dia (Fikry) hantar atau tidak anak guam kami ke mahkamah, itu di luar bidang kuasa kami. Yang pasti semalam dia tidak hadir.
“Kami semua memang tunggu pendirian dia sama ada dia nak bersetuju atau tidak. Atau dia nak berdamai sebab pada dasarnya anak guam kami nak berdamai. Jadi kami mahu tahu pendirian plaintif nak berdamai atau tidak.
“Tapi dia pun tak datang semalam jadi tak bolehlah beri jawapan balas. Nak berdamai mungkin ada terma-terma yang perlu diikuti, mungkin boleh berbaik kembali, sebab itulah kita perlukan pendirian dan jawapan dia. Kalau dia datang semalam, kita boleh bincang atau dapat jawapan.
“Tapi dia tak datang jadi kami tak tahu pendirian dia dan sebab itulah mahkamah bagi tarikh tangguhan,” katanya.
Pada Khamis, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib memaklumkan anak guamnya memfailkan perceraian ekoran tiada persefahaman.
Wan Muhammad Afiq turut memberitahu prosiding akan bersambung pada 10 September depan untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk perdamaian.
Bagaimanapun, Fikry mendakwa isterinya, Siti Khalizah Alihan hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi menarik balik permohonan cerai, yang difailkan pada Mei.
Fikry mempertahankan rumah tangga bersama Siti Khalizah yang dinikahi pada 12 Januari lalu, bahagia, malah, mereka saling sayang-menyayangi.
Must-Watch Video