VIRAL
Jiran Tak Puas Hati Jiran Rumah Atas Tumbuk Cili Guna Lesung Batu, Siap Berbalas Surat Tampal Dalam Lif - “Jumpa Ni Confirm Tarik Rambut Ni”
Tular di media sosial baru-baru ini sebuah perkongsian memaparkan dua individu yang dipercayai hidup berjiran ‘bergaduh’ di pangsapuri milik mereka.
Tak Puas Hati Sebab Lesung Batu
Menerusi perkongsian di aplikasi X, tular foto memaparkan dua surat bertulis mengenai ketidakpuasan hati salah seorang pemilik rumah yang mendakwa jiran atasnya menumbuk cili dengan lesung batu sehingga mengganggu keselesaan.
“Awak yang selalu tumbuk cili guna lesung batu ada fikir tak jiran kat atas atau bawah rumah awak?
“Please jangan pentingkan diri sendiri. Do not selfish. Blender murah la kat Shopee.
“Kitorang doakan awak sedar dan beringat akan hidup berjiran kat rumah pangsa ni. Beli Blender jangan sedap je tumbuk cili guna lesung batu,” tulis surat pertama.
Berbalas Surat Tampal Dalam Lif
Lebih menarik, surat yang ditampal di dalam lif tersebut dibalas dengan surat daripada jiran yang didakwa menggunakan lesung batu tersebut.
“Kalau tak boleh duduk berjiran atas, bawah, kiri dan kanan, rasanya dah boleh pindan ke rumah banglo rasanya sebab tak ada jiran atas bawah kan.
“Tapi sekejap… lah! Tak mampu.. kalau mampu, tak duduk sini kan? Hahahahah.
“Dari: si lesung batu yang ketuk banyak kali tetap teguh dan utuh. Kepada: Si blender yang lemah dan pemalas,” tutup notis kedua.
Netizen Kata Guna Alas Kain
Menjengah ke ruangan balas, rata-rat netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
“Ini jumpa depan-depan ni confirm tarik rambut ni,” tulis netizen.
“Benda boleh je toleransi. Yang guna batu lesung alaslah kain. Yang jiran pon orang tumbuk tu tak smpai 10 minit pun,” komen netizen.
“Nak pakai lesung boleh je, tapi kena ada common sense lapik dengan kain,” komen netizen lagi.
“Orang tegur elok-elok, balas perli-perli. Kalau tak bijak, jangan tunjuk sangat,” komen netizen lain.
Must-Watch Video