,
Laman Utama

Jilat 'Babi Air', Aisar Khaled Buat Netizen Kembang Tekak – “Dahlah Letak Atas Mangkuk Tandas Lepas Tu...”

Amri Hassan
19/01/2021
04:50 MYT
Aksi eksperimen selebriti media sosial, Aisar Khaled terhadap gel penyejuk badan yang sedang menjadi bualan hangat ketika ini di saluran YouTubenya mengundang rasa jijik segelintir netizen.
Mana tidaknya, dalam video yang dimuatnaik di YouTube itu, Aisar melakukan eksperimen merendam gel penyejuk badan itu ke dalam beberapa bekas berisi cecair berwarna dan dibiarkan semalaman di tepi tandas.
Kemudiannya, Aisar bersama seorang gadis dikenali sebagai Syasya Rushdiena mencabar satu sama lain untuk menjilat gel penyejuk badan yang sudah kembang dan dipanggil dengan nama 'babi air' itu.
Aisar yang kalah dalam cabaran itu dikehendaki menjilat salah satu daripada 'babi air' yang dipegang Syasya.
"Tak rasa apa-apa, you nak try?" demikian reaksi Aisar selepas menjilat 'babi air'.
Video yang ditonton lebih 148,000 kali itu turut dikongsikan di Twitter. Namun, komen-komen di video berkenaan kebanyakannya kurang selesa dengan aksi Aisar. "Dah 2021 pun ada orang suka content macam ni? Educate yourself," komen Asnawi MN.
Tambah Frish Zee; "Dalam toilet cakap Bismillah, lepas tu berdua dalam satu bilik. Itu sweet?"
"Eee dah lah Cool Fever tu letak atas mangkuk tandas, habis tu pergi jilat," tulis Nur Amni.
"Zaman sekarang ni kena pandai menyimpan. Salah satu benda penting yg kita kena simpan adalah bodoh. Simpan sikit bodoh tu jangan tunjuk sangat," tambah Afieq Shazwan.
Oleh kerana video terbabit mendapat sambutan, Aisar memaklumkan kepada pengikutnya di YouTube untuk membuat cabaran mandi dengan 1,000 keping 'babi air' pula selepas ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.