,
Laman Utama

Jijik! Murid Darjah Enam Diliwat 30 Kali Pemuda 20 Tahun... Siang Di Bilik, Malam Di Tandas

Awani
27/12/2023
04:47 MYT
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki meliwat kanak-kanak berusia 12 tahun sebanyak 30 kali di sebuah asrama lelaki saudara baharu di sini, sejak Mei lalu.

BERITA TRENDING: Termakan Umpan Cari Kerja, Remaja Lelaki Diliwat & Dikurung 10 Hari Di Kampung Pandan!

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, detik hitam yang dipendam mangsa selama tujuh bulan itu terbongkar apabila dia bertindak menceritakan perkara sebenar kepada bapanya selepas tidak tahan kerap diganggu oleh suspek yang berusia 20 tahun.
Beliau berkata, kejadian pertama dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi semasa mereka berada di bilik asrama sebelum berlarutan termasuk di tandas asrama.
“Pada kejadian pertama 14 Mei lalu, suspek yang juga rakan sebilik mangsa telah mengejutkannya dari tidur dan bertindak meliwat mangsa tanpa kerelaan sebelum kejadian sama berulang keesokannya.
“Kira-kira seminggu kemudian suspek telah membawa mangsa ke tandas asrama dan menyuruhnya untuk meliwat suspek dan disebabkan berasa takut, pengadu mengikut sahaja kehendak suspek,” katanya dalam kenyataan.

BERITA TRENDING: Gagal Tahan Nafsu Lepas Layan Filem Porno, Guru Sekolah Agama Liwat Pelajar Lelaki

Mengulas lanjut katanya, sepanjang berada di asrama tersebut, mangsa telah diliwat sebanyak 30 kali dan selepas kejadian itu, mangsa hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan hal tersebut kerana bimbangkan keselamatan diri.
Katanya, mangsa kemudian bertindak menceritakan kejadian itu kepada bapanya pada Ahad lalu sebelum bapanya itu menghubungi suspek dan memintanya datang ke rumah.
“Kira-kira jam 11.45 pagi suspek telah datang ke rumah mangsa sebelum tiga anggota polis dan lapan anggota Rela tiba di lokasi dan membawa suspek ke balai polis.
“Mangsa ini tinggal di asrama lelaki (saudara baru) sejak April 2023 kerana ibunya yang merupakan Pembantu Guru Mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita yang mana mangsa tinggal di asrama bagi memudahkannya untuk ke sekolah,” tambahnya.
Katanya, suspek yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dan tidak bekerja itu kini direman enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Awani

PILIHAN PEMBACA: Bapa Durjana Rogol, Liwat Anak Dipenjara 428 Tahun, 240 Sebatan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.