gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Soal Rezeki Atau Tidak Itu Di Tangan Allah” - Ahmad Idham Anggap Filem Impak Maksima 2 Peluang Untuk Kembali
BERITA
Penceramah Bebas Rakam Aksi Seks Bersama 4 Isteri Ditahan
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Tak Nak Tumpang Populariti Mak Cik! Darling Mahu Buktikan Kemampuan Sendiri - “Nama Sheila Abdull Itu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Pelakon ‘Fantastic Four’, Julian McMahon Meninggal Dunia Akibat Kanser

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
05/07/2025
05:01 MYT
Sponsor Banner
Pelakon ‘Fantastic Four’, Julian McMahon Meninggal Dunia Akibat Kanser

Pelakon, Julian McMahon yang terkenal dengan watak Dr. Doom dilaporkan meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat kanser.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh isterinya, Kelly McMahon dalam satu kenyataan kepada portal hiburan antaranbangsa, Deadline.
Dalam kenyataan tersebut, Kelly memohon ruang privasi untuk keluarga mereka berkabung atas pemergian insan tersayang.
Bagaimanapun, mereka tidak dinyatakan jenis kanser yang dihidapi Julian ataupun tempoh beliau berjuang melawan penyakit tersebut, menurut laporan dari ABC.net.au.

Julian McMahon merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Australia, Sir William “Billy” McMahon dan Lady Sonia McMahon.

Karier lakonannya bermula dengan penampilan dalam rancangan Rafferty’s Rules dan drama bersiri The Power, The Passion pada tahun 1989.

Dia kemudiannya mula dikenali ramai selepas membintangi drama popular Home and Away.

Namanya semakin dikenali di peringkat antarabangsa menerusi peranan sebagai Cole Turner dalam Charmed dan Dr. Christian Troy dalam Nip/Tuck yang mana lakonan mantapnya itu telah melayakkannya menerima pencalonan Golden Globe pada tahun 2005.

Selain televisyen, Julian turut membintangi beberapa filem terkenal seperti Fantastic Four, Rise of the Silver Surfer, Premonition serta The Surfer.
Julian McMahon turut muncul dalam beberapa siri popular lain seperti FBI: Most Wanted, Hunters dan siri terbitan Netflix terbaru The Residence yang ditayangkan awal tahun ini.
Foto: REUTERS
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Kanser
#Fantastic Four
#Julian McMahon
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement