gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Datin Shahida Bagi ‘Hint’ Untuk Bakal Menantu - “Kalau Nak Jadi Isteri Dia, Awak Kena Pandai Masak..."
HIBURAN
Pelakon ‘Fantastic Four’, Julian McMahon Meninggal Dunia Akibat Kanser
HIBURAN
Tak Bagi Muka! Scammer Tutup Call Lepas Kena ‘Jerit’ Dengan Azza Elite - “Confirm Dia…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Budak 8 Tahun 'Dibesarkan' Anjing, Hanya Tahu Menyalak

Gempak
Gempak
05/07/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Budak 8 Tahun 'Dibesarkan' Anjing, Hanya Tahu Menyalak
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun diselamatkan dari 'sarang dadah' yang didiaminya.
Pihak berkuasa menemui mangsa di rumah serba daif di daerah Laplae, Thailand dan 'dijaga' oleh enam ekor anjing selepas aduan dibuat pihak sekolah dan aktivis tempatan.
Ketua Yayasan Pawina Hongsakul untuk wanita dan kanak-kanak, Pawina Hongsakul berkata, budak lelaki digelar sebagai 'Boy A' itu tidak bersekolah selama lebih dua tahun.
"Ibu dan abangnya seorang penagih dadah. Dia hanya ditemani anjing hingga kanak-kanak itu meniru perbuatan haiwan tersebut dan hanya berkomunikasi dengan cara menyalak kerana tidak tahu bercakap. Keadaannya amat menyayat hati," ujarnya yang mengetuai operasi menyelamat tersebut pada 30 Jun lalu.
Difahamkan, ibunya menerima subsidi sebanyak 400 baht (RM52) untuk pendidikan kanak-kanak itu, namun dia tidak pernah dihantar ke sekolah kerana wang tersebut telah disalahgunakan.
"Boy A telah dihantar ke pusat perlindungan untuk mendapatkan penjagaan lebih sempurna. Dia diberi peluang untuk hidup lebih baik dan kami akan memastikan kanak-kanak itu mendapat pendidikan dan bantuan yang diperlukan," menurutnya lagi.
Sumber Sinar harian
Topic Berkaitan
#Anjing
#Lelaki
#Besar
#Kanak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement