Laman Utama
Jennifer Lopez Bersolek Sendiri Di Majlis Perkahwinan, Buat Gaya Mata ‘Smokey Eyes’
Selebriti Hollywood Jennifer Lopez dikhabar tidak menggunakan khidmat jurusolek profesional untuk menata rias wajahnya ketika melangsungkan majlis perkahwinan dengan aktor terkenal, Ben Affleck baru-baru ini.
Difahamkan, penyanyi dan juga pelakon yang baru memasuki usia 53 tahun itu menyolek wajahnya sendiri ketika majlis perkahwinannya yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Bukan itu sahaja, dia turut menggayakan solekan ‘smokey eyes’ yang begitu sinonim dengan wajahnya selama ini.
Menerusi platform TikTok, pendandan rambut selebriti Chris Appleton mendedahkan perkara tersebut.
Walaupun membuat solekannya sendiri, rambutnya mendapat sentuhan Appleton manakala kukunya diserikan artis kuku popular Tom Bachik.
“Penampilan terakhir sebelum bergelar isteri. Rambut oleh saya dan solekan oleh JLo sendiri,” tulis Appleton di ruangan kapsyen.
@chrisappletonhair
Last minute feelings before fhe wedding ? hair by me and makeup by jlo♬ original sound - Chrisappleton1
Perkongsian berdurasi kurang 15 saat itu sudah meraih hampir 4 juta tontonan.
Terdahulu, Lopez dan Affleck pernah bertunang pada November 2002, namun hubungan mereka terputus di tengah jalan selepas kedua-duanya menunda perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada September 2003.
Pasangan itu kemudiannya membatalkan pertunangan secara rasmi pada Januari 2004.
Kemudian, Lopez berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony, Lopez dan dikurniakan sepasang anak kembar, Emme dan Max yang kiniberusia 14 tahun.
Affleck pula memiliki tiga orang anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, aktres Jennifer Garner iaitu Violet, 16, Seraphina, 13, dan Samuel, 10.
Must-Watch Video