,
Laman Utama

Jemput Hadir Ke ERA SYOKVAGANZA Di Ipoh Hujung Minggu Ni!

Amri Hassan
13/12/2022
16:50 MYT
Jenama radio No. 1 di Malaysia, ERA menjemput semua rakyat Malaysia untuk hadir memeriahkan ‘ERA SYOKVAGANZA’ dan menikmati pelbagai aktiviti and hiburan menarik di hujung minggu ini.
Antara aktiviti menarik termasuk perlawanan bola sepak, persembahan penyanyi-penyanyi popular tanah air dan tontonan Piala Dunia FIFA 2022, bermula 5 petang hingga 12 tengah malam di Stadium Perak, Kompleks Sukan Ipoh, Perak.
Selain itu, ada juga perlawanan bola sepak menampilkan ERAvengers FC yang diwakili Nabil, Radin dan Azad (3 Pagi ERA), Ray dan Haniff (101 ERA), Fazziq (Daebak ERA), bersama selebriti-selebriti tempatan termasuk kumpulan Akim and the Majistret, Insomniacks, Tomok, Black, serta kumpulan bola sepak amatur, Team Challo.
Kesemua mereka akan menentang pemain-pemain bola sepak dari Perak FC dan Majlis Bandaraya Ipoh. Tiket perlawanan bola sepak boleh didapati di kaunter Stadium Perak, Ipoh.
Pengunjung di ‘ERA SYOKVAGNZA’ juga boleh berhibur dengan persembahan-persembahan hebat daripada penyanyi-penyanyi popular tempatan, pada 17 Disember 2022, bermula 8.30 malam, di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Peminat boleh menyaksikan persembahan daripada kumpulan muzik Akim and the Majistret dan Insomniacks, penyanyi-penyanyi popular Tomok, Black, Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Afiq Shazwan, Nabila Razali, Sarah Suhairi, serta penyanyi baharu, Hasif Upin dan Meernash.
Peminat bola sepak boleh turut menyaksikan tontonan perlawanan Piala Dunia FIFA 2022, pada 17 - 18 Disember 2022, bermula 11 malam, di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Peminat boleh menonton perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, serta perlawanan akhir kejuaraan FIFA 2022 bersama personaliti-personaliti ERA termasuk Nabil, Radin, Azad, Danial, Isha Norsham, Haniff, Ray, Fazziq dan Zahier Yusoff.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Terkini

Biar Betul? Era Pinjam RM250 Dari Ah Long Untuk Bagi Pendengar!

gempak
10/09/2024
06:43 MYT
Berita baik untuk semua pendengar radio Era, kini anda berpeluang untuk memenangi wang tunai RM250 sempena peraduan Baik Punya Ah Long.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
Sukan

Harimau Malaya Bakal Miliki Pemain Bernilai RM72 Juta

gempak
08/09/2024
08:25 MYT
Skuad Harimau Malaya berpeluang menambah lagi kekuatan di jentera tengah mereka selepas pemain Burnley FC, Josh Brownhill didakwa memiliki darah Malaysia menerusi neneknya.
Hiburan

"Kembali Ke Cinta Pertama" - Haziq Hussni Luah Perasaan Kembali Jadi Penyampai Radio.

gempak
06/09/2024
14:55 MYT
Pengacara radio, Haziq Hussni meluahkan rasa gembira apabila dia sudah kembali selepas berehat dari dunia radio.