,
Viral

Jemaah Haji Palestin Kongsi Cerita Terselamat Daripada Maut Beribu Kali

Gempak
18/06/2024
03:27 MYT
"Saya seperti tidak percaya melihat Masjidil Haram di depan mata. Saya bernasib baik kerana nyawa masih panjang dan terselamat daripada kematian beribu kali."
Kata-kata sebagai tanda syukur itu dizahirkan tetamu Allah, Aouni Abdul Hamid kepada portal The National ketika dia tiba di kota suci Mekah untuk mengerjakan Rukun Islam Kelima pada musim ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Sebak Lihat Anak Gendong Ayah Sakit Naik Ambulan Di Tanah Suci - “Calon Anak Syurga…”

Pemandu ambulans di bawah Kementerian Kesihatan di Genting Gaza itu pernah memperjudikan nyawa pada 60 hari pertama perang genosid itu tercetus untuk membawa dan membantu mangsa cedera.

"Saya telah memindahkan ratusan mangsa cedera. Tetapi, saya gagal menyelamatkan ahli keluarga sendiri.

"Rumah saya sudah musnah dibom apabila saya cuba mendapatkan mereka yang gugur syahid," katanya dalam nada sebak.
Abdul Hamid merupakan salah seorang daripada 1,000 jemaah Palestin yang menerima jemputan khas daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Salman untuk mengerjakan haji pada kali ini.
Di bawah inisiatif itu, seramai 2,000 jemaah Palestin diberi undangan istimewa tersebut di tengah-tengah kempen pengeboman rejim Zionis yang masih sengit di seluruh Gaza.

MANGSA KEKEJAMAN REJIM ZIONIS

Abdul Hamid yang ditempatkan di sebuah hotel di kawasan kejiranan Ray Bakhsh turut berkongsi kisah penderitaannya yang pernah dipenjarakan selama tiga bulan.
"Akibat diseksa dengan teruk sepanjang tempoh itu, tiga jari kaki saya terpaksa dipotong.
Dengan pertolongan Allah, saya akhirnya dibebaskan dan kemudiannya menjalani dua pembedahan pada kaki.
"Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menunaikan haji pada kali ini," ujarnya lagi.
Seorang lagi jemaah yang senasib dengannya kerana kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam ofensif ganas Israel, Abdullah Hassan juga memanjatkan rasa syukur kerana menjadi tetamu Allah.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dan rakyat Saudi atas inisiatif berharga ini yang sedikit sebanyak dapat meringankan penderitaan kami.
"Mungkin ia akan membantu kami mencari ketenangan sepanjang waktu beribadah di sini," jelasnya.
Selain itu, Harbi al Suwaikiri yang berkerusi roda kerana kakinya kudung juga amat teruja kerana menerima jemputan khas haji tersebut.
"Saya meringkuk di dalam penjara selama 10 tahun. Sebelum ini, Israel menjatuhkan hukuman penjara 800 tahun kerana saya adalah jeneral di bawah Pihak Berkuasa Palestin (PA).
"Saya tidak pernah bayangkan akan menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan akan memakai ihram seperti ini.

ALLAH MAHA BERKUASA

“Saya dibebaskan ketika krisis baru-baru ini. Tetapi, saya cedera dalam kempen pengeboman hingga kaki saya terpaksa dipotong hingga paras lutut.
“Tetapi, kesakitan ini dilupakan seketika kerana dapat menyahut panggilan Baitullah," menurutnya dalam nada sedih.
Tambahnya, dia akan kembali semula ke Gaza dengan lebih bersemangat berserta harapan baharu.
Sumber - Sinar Harian memetik agensi

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Papa Tak Balik, Ingat Siapa Kena Jaga…” - Pesanan Johan Untuk Anak Sebelum Berangkat Tunai Haji Buat Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Berwukuf, Jemaah Kelapan Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Semangat Sambut Hari Raya Aidil Adha, Jom Lakukan 11 Amalan Sunat Ini

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Hiburan

Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

gempak
25/08/2024
16:04 MYT
Atas kesedaran untuk menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk 'Palestin : Hak Yang Dinafikan' oleh band Uncure yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).