,
Laman Utama

Jatuh Sakit Sejak PKP, Wan Raja Susut 10kg- "Jika Tersalah Makan..."

Syafiqah Jalal
05/04/2023
04:44 MYT
Pelakon, Wan Raja mendedahkan tubuhnya susut selepas menghadapi masalah gastrik kronik atau refluks gastroesofagus (Gerd) sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang lalu.
Dek kerana itu Wan Raja atau nama sebenar Saiful Redzuan Abu Bakar, 44, berkata berat badannya turun sehingga 10 kilogram (kg).
"Sebenarnya saya kurus kerana masalah Gerd. Saya tidak boleh makan sebarangan kerana jika tersalah makan ia membawa kesan yang teruk. Antara makanan saya perlu elak sekarang seperti 'coleslaw' KFC yang juga makanan kegemaran sejak dulu.
"Jadi bila kurang makan, badan saya juga turun dari 80 kilogram kepada 70 kilogram sekarang," katanya kepada Astro Gempak.
Wan Raja ditemui baru-baru ini ketika menjayakan penggambaran filem Gold terbitan Astro Shaw di Stadium Melawati Shah Alam.
Tambah Wan Raja, Gerd juga cenderung untuk dirinya mendapat serangan 'anxiety' yang teruk sehingga sukar untuk tidur kerana mengalami rasa dada mencucuk dan nafasnya menjadi pendek.
"Gerd anxiety ini akan menyerang tidak tentu masa, jadi saya kena juga mengelakkan memandu dalam jarak jauh atau 'out station' kerana bimbang dengan penyakit dihidapi.
"Saya juga tidak berank untuk keluar kerja berseorangan, saya terpaksa meminta seorang kawan menemani terutama ketika menjalani penggambaran telefilem di luar Kuala Lumpur pada tahun lalu," ujarnya.
Wan Raja yang membintangi filem Gold telah diberikan kepercayaan melakonkan watak legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek.
Selain Wan Raja, filem yang mengangkat kisah benar seorang jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Like Hou itu turut dibintangi oleh Farid Kamil, Jack Tan dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Banyak Baik Daripada Buruk, Betty Banafe Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada GISB - “Saya Bangga GISB Wujud Kerana…”

gempak
15/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Betty Benafe meminta orang ramai agar tidak cepat menjatuhkan hukum secara  pukal kepada Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) berhubung kontroversi melanda syarikat berkenaan.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Viral

"Tak Tahu Kaki Patah, Saya Tengok Perarakan Sampai Tamat"

gempak
03/09/2024
10:42 MYT
Beberapa jam sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2024, seorang wanita tidak menyangka mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh.