Jangan Tak Percaya! Rupanya Manusia Mampu Hidup Lama Sehingga…
Siapa sangka manusia sebenarnya boleh hidup melebihi 130 tahun.
Perkara itu didedahkan menerusi satu kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam jurnal 'Royal Society Open Science'.
Menerusi maklumat yang didedahkan di portal rasmi, kajian tersebut dibuat berdasarkan individu yang berumur melebihi 100 tahun.
Difahamkan, data diperoleh daripada Pangkalan Data Usia Panjang Antarabangsa yang mempunyai lebih 1,000 warga emas yang berumur terlalu lanjut dari 13 buah negara.
Menurut ketua penyelidik iaitu Profesor Anthony Davison, hasil kajian mendapati tidak ada had umur untuk manusia hidup di bumi ini.
Walau bagaimanapun, pihaknya meramal manusia mampu hidup sekurang-kurangnya 130 tahun.
“Peluang untuk hidup sehingga 130 tahun adalah satu bagi setiap sejuta manusia tetapi ia tidak mustahil boleh berlaku,” katanya.
Sekadar info, taktha manusia tertua di dunia ketika ini adalah milik Kane Tanaka daripada Jepun.
Kane kini berusia 118 tahun dan lahir pada 2 Januari 1903.
Pun begitu, ada pihak yang tidak mempercayai data tersebut memandangkan di Malaysia terdapat wanita yang pernah mencecah usia 121 tahun.
Namun, Puan Ahmad yang dipercayai individu tertua di negara ini meninggal dunia akibat sakit tua pada 2017 lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Kampung Bendahara, Kodiang, Kedah sekitar jam 1.30 tengah hari.