,
Berita

"Jakim Harus Dikaji Semula" - Ini Pendedahan Anwar Ibrahim

Rozaimi Zubaidi
11/06/2018
02:26 MYT
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat pegawai kanan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terlibat dalam kempen politik berlebihan bersama kerajaan terdahulu.
Kata Anwar, perkara itu menjadi antara sebab mengapa peranan Jakim harus dikaji semula bagi memastikan jabatan itu terus relevan di negara ini.
“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kata Jakim akan dibatalkan, beliau kata Jakim akan dikaji semula. Bagi saya tidak salah untuk dikaji balik.
“Sekarang ini ramai juga orang bangkitkan berkaitan halal yang mereka kata sudah lebih, maksud saya sampai kain pun nak dihalalkan, ia dikatakan keterlaluan,” katanya.
Justeru, kata Anwar, beberapa perkara akan dinilai sebelum sesuatu keputusan dibuat agar peranan lebih jitu dapat dilakukan jabatan itu.
“Saya juga ada jumpa dengan beberapa syarikat makanan Cina yang bagi tahu saya mereka tidak kisah berkaitan halal ini. Tetapi kos janganlah tambah-tambah.
"Keduanya, janganlah periksa terus kerana nak periksa nanti kena juga kos tambahan. Tetapi orang Islam kita kena lah periksa takut mereka pakai bahan yang terlarang.
"Kerana itu, ada beberapa perkara kita perlu teliti. Dakwah pun sama juga, perlu ada format yang betul. Sebab itu, kita perlu kaji semua perkara,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri

gempak
06/05/2024
05:25 MYT
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Laman Utama

Pak Azad Berani Sahut Cabaran Pinjam RM100 Daripada PMX, Tapi Lain Pula Jadi…

gempak
11/10/2023
13:55 MYT
Terbaik Pak Azad!
Laman Utama

“Sudah Tentu Saya Tersentuh…” - PM Puji Filem Anwar: The Untold Story

gempak
09/05/2023
03:55 MYT
PM tersentuh dengan filem Anwar: The Untold Story
Laman Utama

“Tak Pasti Jangan Kongsi!” - JPM Sahkan Berita PM Beri Cuti Umum Rabu Adalah Palsu

gempak
14/03/2023
09:51 MYT
Rabu kerja tau guys.
Laman Utama

[VIDEO] Pulang Kerja Main Dengan Cucu, Gelagat Anwar Ibrahim Buat Netizen Terhibur

gempak
10/02/2023
10:00 MYT
Comel