,
Hiburan

Jaja Ishak Tak Percaya Artis Kontroversi Boleh Naikkan Rating Drama! - "Saya Tak Nak Pening Kepala"

Amri Hassan
11/04/2024
11:30 MYT
Penerbit Jaja Ishak punyai prinsip untuk tidak bekerjasama dengan pelakon yang boleh memeningkan kepala dan terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Jelas Jaja, dia lebih mengutamakan komitmen pelakon itu sendiri dan enggan mengambil kesempatan atas isu panas yang terjadi.
“Tak semestinya artis yang terpalit dengan kontroversi menaikkan rating sesebuah karya. Saya tak percaya dengan perkara itu. Kontroversi ada dua, positif atau negatif. Saya tak berminat dan tak gemar untuk menangguk di air keruh dan mahu ambil kesempatan.
“Saya tak suka elemen kontroversi seperti itu. Saya akui saya tak sehebat yang lain tetapi saya lebih gemarkan kerja yang tidak memeningkan kepala.
“Bagi saya mudah, tak kisahlah artis itu terpalit dengan kontroversi atau artis itu tak ada cerita panas langsung, asalkan dia tak memeningkan kepala, boleh memberikan komitmen dan tidak melanggar undang-undang, saya baik-baik sahaja,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Jaja Ishak Tiada Masalah Terus Bekerjasama Dengan Hafidz Roshdi - "Dia Berdisiplin, Call Time Bagus, Harga Ok"

Ketika ditanya mengenai isu hangat beberapa artis yang menjalinkan hubungan panas di set penggambaran walaupun sudah berkahwin, Jaja enggan menghakimi kerana tidak mencampuri urusan peribadi artis.
“Sejujurnya, saya tak suka masuk campur mengenai isu peribadi artis. Mereka nak bercinta ke, nak berkawan ke, bukan masalah saya. Saya nak menghakimi pun saya sendiri tak tahu kerana sebagai penerbit, saya tak mencampuri urusan peribadi artis.
“Saya mahu lebih fokus kepada kerja dan keperluan stesen televisyen. Isu berkaitan urusan peribadi saya tak mahu campur asalkan semua kerja berjalan lancar,” katanya lagi.

PILIHAN PEMBACA: Jaja Ishak Bangga Filem The Assistant Bertaraf Antarabangsa! - "Lama Tak Tengok Filem Aksi Lokal Macam Ni"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.