,
Laman Utama

“Jahat Ada Pelbagai Jenis” - Jay Iswazir Tak Jemu Jadi Antagonis, Memang Famous Dengan Watak Jahat

Mya Amri
01/12/2022
09:52 MYT
Pelakon, Jay Iswazir yang terkenal dengan membawakan watak jahat akui perlu bijak mempelbagaikan kreativiti dalam setiap karya dibawakannya.
Menurut pemilik nama lengkap Ahmad Iswazir Ismail ini setiap nakshah yang diterima sebagai antagonis tidak sama dan mempunyai kepelbagaian ‘jenis’ jahat.
“Jahat ini sebenarnya ada pelbagai jenis, memang secara lazimnya saya sering membawakan watak antagonis.
“Namun ada sedikit kelainan dalam watak tersebut untuk naskah Daddyku Gangster. Saya mencorakkan karakter itu menjadi sedikit unik bagi meninggalkan impak.
“Bukan apa, apabila sering ditawarkan watak jahat, saya tidak mahu lakonan itu kelihatan sama saja. Jadi apabila karakter jahat itu diselitkan dengan elemen jenaka, lebih memberikan kesan kepada penonton,” kata ketika ditemui Gempak.
Jay ditemui ketika majlis pratonton filem Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim baru-baru ini.
Selain Jay, filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular termasuklah Zul Huzaimy, Adeline Tsen, Faizal Hussein, Ridzuan Hashim, Zalif Sidek, Reen Rahim, Azri Iskandar, Vanidah Imran, Alief Irfan serta dua pelakon cilik hebat iaitu Angelica Petra, Alief Irfan dan Arryyan Petra.
Daddyku Gangster yang menelan kos pembikinan kira-kira RM2.5 juta ini ditayangkan dipawagam bermula hari ini.
Daddyku Gangster menampilkan kelainan berbanding filem gangster yang lain kerana mengetengahkan elemen kekeluargaan.
Daddyku Gangster mengisahkan tentang Ray, iaitu seorang ketua kumpulan kongsi gelap yang gemar mencuri kereta mewah yang diseludup masuk ke Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.