,
Laman Utama

Izzue Islam Sumbang 500,000 Keping Pelitup Muka Kepada Golongan Kurang Mampu, Komuniti B40, Penduduk PPR & Frontliners

Fiza Kamarudin
17/02/2021
04:40 MYT
Pelakon Izzue Islam mengakui seronok dapat berbakti kepada masyarakat dengan melibatkan diri dalam program-program amal.
Izzue berkata, tidak tergambar baginya perasaan apabila dapat membantu orang lain yang sedang berdepan dengan kesulitan hidup.
Baru-baru ini Izzue bersama pasukan Neutrovis telah menyerahkan 10, 000 kotak pelitup muka untuk golongan susah.
“Pelitup muka adalah sangat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 yang semakin mengganas, dan bukan semua mampu untuk membelinya.
“Saya berbesar hati apabila terlibat dalam program amal ini dan ia sangat bermakna buat saya. Tak tergambar perasaan saya apabila dapat berbakti kepada masyarakat,” katanya. Izzue yang juga juga duta pelitup muka Neutrovis baru-baru ini telah menyumbangkan 10,000 kotak pelitup muka kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin.
Dalam majlis tersebut, Izzue bersama Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd, pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah serta Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua mengunjungi Putrajaya untuk tujuan tersebut.
“Saya memuji usaha murni ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Bagi saya, dalam norma baharu ini, pelitup muka sangat penting dalam kehidupan seharian.
“Dalam memerangi wabak ini, pastinya ada golongan yang sangat terkesan dalam pelbagai aspek, jadi saya selalu berpesan pada diri sendiri, jika kita masih mampu berdiri, hulurlah tangan pada mereka yg sedang jatuh.
“Sama-sama kita lindungi diri dan keluarga tersayang,” ujarnya.
Sumbangan 10,000 kotak pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA (Medical Device Authority) bernilai RM 350,000.00 disumbangkan untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan petugas barisan hadapan.
Inisiatif oleh Neutrovis dan Himaya ini dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina untuk mengurangkan beban anggota-anggota barisan hadapan dan golongan B40.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

PBAKL24: "Budaya Membaca Masih Menebal Dalam Kalangan Rakyat Tempatan" - Datuk Seri Muzri Ramli

gempak
31/05/2024
19:29 MYT
‘Kebanjiran’ pengunjung yang hadir ke reruai Karyaseni di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 membuatkan penerbit tidak menang tangan.
Terkini

Tak Tahu Nak Buat Apa Pada Hujung Minggu? Jom Saksikan 2 Filem Ini!

gempak
22/03/2024
13:55 MYT
Tersedia di platform Youtube Astro Shaw, dua filem ini turut boleh distrim di peranti pintar di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Sherry Alhadad Masak Menu ‘Favorite’, Ini Resipi Penuh Pulut Kuning & Rendang Ayam

gempak
17/03/2024
09:55 MYT
Semangat Sherry nak masak!
Hiburan

"Forteen Tak Pernah Bergaduh Dengan Izzue Islam, Kami Masih Akrab" - Ameerais

gempak
13/02/2024
05:49 MYT
Anggota kumpulan trio Forteen, Ameerais menafikan wujud pergeseran dengan penyanyi dan pengacara Izzue Islam.
Laman Utama

Penularan Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka!

gempak
26/04/2023
21:23 MYT
Patuh SOP!