Laman Utama
Isu RM80 Dah Selesai! Tapi Netizen Kata Norreen Iman Patut Bayar Lebih Disebabkan Kesan Inflasi; “Jumlah Yang Sepatutnya Dia Kena…”
Seperti yang dijanjikan, pelakon Norreen Iman akhirnya membayar semula bayaran ‘review’ RM80 yang diterima pada 2018 kepada founder produk.
Menerusi perkongsian di Twitter, individu tersebut mengatakan Norreen secara peribadi menghantar mesej di Instagram meminta nombor akaun bank untuk membuat pembayaran.
Individu tersebut turut menjelaskan dia hanya berkongsi cerita di laman sosial namun tidak menyangka perkongsiannya itu membuatkan Norreen dikecam netizen.
“Alhamdulilah @norreen143 sendiri dah DM untuk refund balik. Benda dah lama sebenarnya saya tak kisah pun fasal duit tu. Saja kongsi cerita, tak sangka pula ramai kecam dia.
“Apa-apapun kes dah selesai ya. Saya puji Norreen sebab berusaha cari IG saya untuk DM ganti balik duit,” tulisnya yang turut memuat naik paparan skrin perbualan mesej mereka.
Bagaimanapun, terdapat netizen meninggalkan komen dengan mengatakan Norreen sepatutnya membayar lebih RM80 disebabkan kesan inflasi.
“Jumlah yang sepatutnya dia kena bayar balik, kena kira sekali la inflasi. Relax saja ambil duit orang tapi tak buat kerja. Apa punya orang la mcm ni,” tulisnya.
Sebelum ini, Norreen mengakui kesilapannya tidak membuat ulasan produk selepas menerima bayaran RM80 sekitar 2018.
Menerusi video di Instastory, Norreen memberitahu dia terlepas pandang untuk melangsaikan tugas tersebut disebabkan ketika itu sedang rancak mengambil banyak tawaran ‘review’.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video