gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Lelaki 'Kantoi' Palsukan Ujian DNA, Elak Bayar Nafkah Anak RM585,000
BERITA
Skandal Seks 'Uncle Red' Terbongkar
HIBURAN
CEO Astronomer, Andy Byron Diserang Spekulasi Hubungan Sulit Selepas ‘Kiss Cam’ Coldplay
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO GEMPAK ARTICLE

CEO Astronomer, Andy Byron Diserang Spekulasi Hubungan Sulit Selepas ‘Kiss Cam’ Coldplay

gempak
gempak
18/07/2025
15:55 MYT
Sponsor Banner
CEO Astronomer, Andy Byron Diserang Spekulasi Hubungan Sulit Selepas ‘Kiss Cam’ Coldplay
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi Astronomer, Andy Byron menjadi tumpuan media antarabangsa dan netizen selepas aksinya bersama Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat itu, Kristin Cabot, dirakam secara langsung menerusi segmen ‘kiss cam’ semasa konsert kumpulan Coldplay di Gillette Stadium, di sini.
Rakaman momen itu, yang pada awalnya dianggap sekadar spontan menjadi tular apabila pasangan itu dilihat berpelukan rapat dan saling berbisik sebelum Byron segera mengalihkan badannya sebaik menyedari mereka sedang dirakam.
Kristin pula dilihat menunduk dan menutup wajahnya, jelas terkejut dengan reaksi khalayak.
Penyanyi utama Coldplay, Chris Martin, yang menyedari reaksi penonton, sempat berseloroh dari pentas: “Mereka sama ada sedang menjalin hubungan sulit… atau sangat pemalu.”
Namun jenaka itu menjadi pencetus kepada ribuan reaksi dalam talian terutamanya apabila identiti individu terlibat dikenal pasti sebagai eksekutif kanan syarikat teknologi terkenal.
Video tersebut merekodkan lebih tiga juta tontonan di TikTok dan mencetuskan perbincangan hangat di platform LinkedIn serta media sosial profesional lain.
Susulan kejadian itu, beberapa portal hiburan melaporkan bahawa isteri Andy Byron, Megan Kerrigan Byron, telah memadamkan akaun Facebooknya serta menanggalkan nama keluarga ‘Byron’ dari profil media sosialnya, mencetuskan spekulasi tentang kemungkinan keretakan dalam perkahwinan pasangan itu.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Andy Byron, Kristin Cabot atau pihak Astronomer, namun tekanan media dan reaksi awam terus meningkat.
Perkara ini turut mengundang kritikan daripada bekas pekerja syarikat yang menggambarkan Byron sebagai seorang pemimpin yang “bermasalah” dan "toksiK" malah ada yang menyifatkan skandal ini sebagai “hukuman korporat.”
Penganalisis turut menyuarakan kebimbangan terhadap impak reputasi syarikat Astronomer, terutama selepas syarikat itu menerima suntikan pembiayaan lebih AS$93 juta awal tahun ini.
Pelabur dan komuniti teknologi kini menuntut penjelasan berhubung budaya kerja dalaman dan integriti kepimpinan tertinggi syarikat.
Sementara itu, nama Kristin Cabot turut menjadi perbualan hangat kerana beliau sebelum ini sering dipuji oleh Byron dalam pelbagai forum korporat sebagai "pemimpin sumber manusia berwibawa dan berprinsip."
Kini, keakraban yang dipertontonkan kepada khalayak umum pada malam konsert tersebut menimbulkan tanda tanya besar mengenai etika profesional dan sempadan hubungan di tempat kerja.
Insiden ini sekali lagi membuka perbincangan lebih luas tentang garis pemisah antara hubungan peribadi dan profesional, khususnya dalam kalangan kepimpinan korporat tinggi.
Ia juga menonjolkan bagaimana satu momen kecil di khalayak ramai boleh membawa kepada krisis besar
dalam era digital dan budaya viral.
Konsert Coldplay itu sepatutnya menjadi malam santai buat peminat muzik, namun bagi Astronomer dan dua individu berpangkat tinggi dalam organisasi itu, ia kini menjadi permulaan kepada kemelut reputasi yang belum tentu surut dalam masa terdekat. - Agensi
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement