Laman Utama
Isu Foto Pakai Sport Bra: Sharifah Sakinah Terima Teguran PU Syed & Mohon Maaf, Netizen Puji Cakap Matang!
Pelakon Sharifah Sakinah, 32, meminta maaf atas kekhilafannya memuat naik foto yang mencolok mata di Instagram (IG) miliknya.
Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired memohon kepada semua orang untuk mendoakan yang baik buat dirinya.
"#sedarasedara done (selesai) tegur. Saya minta maaf, doakan yang baik baik," tulisnya sebagai kapsyen.
Tindakan pelakon drama Isteri vs Tunang memakai pakaian senaman (sport bra) berwarna hitam dengan melakukan pose 'manja' itu telah menarik perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri untuk menegur.
Menerusi hantaran yang dibuat, PU Syed mengingatkan Sakinah untuk menjaga adab dalam berpakaian kerana khuatir ada kalangan pengikut yang akan mengikuti jejak langkahnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dengan respons adik penyampai radio Sharifah Shahirah yang tidak melatah menerima teguran.
"@zy_lya: Terbaik Kinah. Doakan yang baik-baik.. Amin.
"@cik.scarlett: Saya suka cara awak terima teguran, makin matang. Saya doa asbab awak lebih berjaya akan datang.
"@syadeebapringadi: Alhamdullilah terima teguran dengan hati terbuka.
"@kamahaidir: Bagus awak menerima dengan baik, alhamdulillah," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Sebelum ini, Sakinah sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuat naik foto 'belanja' selepas membakar 600 kalori ketika bersenam.
"It’s a wrap! (selesai) Esok cuti," tulis tunang kepada jejaka Sweden, Michael Hanse.
Sehingga artikel ini ditulis, foto 'panas' itu masih belum dipadam dan sudah mendapat 11,000 tanda suka (likes).
Must-Watch Video