,
Laman Utama

Isu Artis ‘Dibuang’ Syarikat Rakaman Sebab Sokong Palestin, Label Naungan Ayda Jebat, Liyana Jasmay Sudi Beri Bantuan

Izwan Isa
06/12/2023
07:55 MYT

Sejak tularnya isu mengenai penyanyi Kaka Azraff yang dimalukan di sebuah akaun Instagram oleh penyokong zionis, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya peminat muzik tempatan sama-sama berganding bahu dalam memberikan sokongan terhadap penyanyi bersuara serak basah itu.

Lebih-lebih lagi apabila pemilik akaun Instagram itu serta pengikutnya mendesak syarikat rakaman Warner Music Malaysia untuk menggugurkan Kaka daripada bergelar artis di bawah naungan label berkenaan.
Rentetan daripada isu tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas XENO Entertainment, Prashan Chitty berkongsi satu hantaran di platform X mengenai keterbukaannya untuk membantu barisan artis yang mungkin terpalit dengan isu ini. Prashan ketika dihubungi Gempak berkata, pertolongan yang dimaksudkan bersifat umum dalam ruang lingkup dunia hiburan yang besar.
“Hantaran yang saya buat itu bersifat umum sahaja. Sebagai contoh, jika ada yang terjejas dengan perkara ini (digugurkan kerana menyatakan sokongan pada Palestin), saya sanggup tolong.
“Tolong dari segi apa? Mungkin saya boleh carikan job untuk mereka. Jika artis berkenaan dilihat sesuai dengan genetik XENO Entertainment, mungkin kita akan sign dia,” katanya.
Prashan menambah, golongan selebriti yang terkesan juga boleh datang kepadanya jika mahu mendapatkan nasihat berhubung kerjaya dan perancangan untuk peringkat seterusnya.
“Jika ada yang perlukan nasihat seperti bagaimana nak teruskan dengan karier, saya boleh bantu. Bantuan dari segi apa yang mereka perlukan. Tidak bermaksud saya sign semua. Cuma bantu dari segi mana yang boleh,” katanya lagi.
Untuk rekod, XENO Entertainment merupakan label tempatan yang menaung artis popular seperti Ayda Jebat, As’ad Motawh, Liyana Jasmay, Intan Najuwa dan Kasih Leona Iris.

BERITA TRENDING: Kaka Azraff ‘Dimalukan’ Oleh Penyokong Zionis Sebab Support Palestin? Tapi Ada Netizen Malaysia Salahkan...​

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Hiburan

Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

gempak
25/08/2024
16:04 MYT
Atas kesedaran untuk menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk 'Palestin : Hak Yang Dinafikan' oleh band Uncure yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).