,
Laman Utama

Isteri Kid Search Meninggal Dunia

Izwan Isa
29/11/2021
03:20 MYT
Isteri kepada pemain gitar kumpulan Search, Kid, iaitu Noraznin Yusof telah meninggal dunia akibat sakit kanser darah sekitar pukul 5 pagi tadi.
Berita tersebut disahkan oleh adik ipar arwah, Deena Mohammed Taib menerusi kemas kini status di akaun Facebook miliknya.
“Assalammualaikum semua, makluman buat semua. Kakak ipar saya, Noraznin Yusof telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini.
“Mohon doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Terima kasih di atas doa dan kasih sayang tuan/puan semua buat kakak ipar saya. Semoga roh kakak ipar saya tenang dan berbahagia di alam baharu,” tulisnya.
Sementara itu, Kid berkata, isterinya menghembuskan nafas yang terakhir Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Noraznin mula menjalani rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur akibat kanser darah myeloma tahap empat pada Disember 2020.
Sekitar Julai lalu, Noraznin, 55, dilaporkan koma selama 10 hari.
Bersama Norazrin, Kid atau nama sebenarnya, Hamzah Mohd Taib memiliki dua cahaya mata iaitu Deanda dan Aaqil Naquidean.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

gempak
13/09/2024
23:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa sedang retak menanti belah memang menjadi pemberitaan media hiburan Indonesia.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Hiburan

“Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko

gempak
10/09/2024
12:55 MYT
Pelakon dan sutradara terkenal Sabri Yunus menegaskan dirinya bukan individu yang tepat untuk menjawab persoalan orang ramai berkaitan hal agama.
Hiburan

Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

gempak
10/09/2024
04:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel mencuri perhatian warganet di media sosial.