,
Laman Utama

Isteri Kid Search Hidap Kanser Darah Tahap 4

Gempak
23/06/2021
02:14 MYT
Pemain gitar kumpulan Search, Kid, 54, memberitahu isterinya Noraznin Yusof, 55, menghidap kanser darah tahap empat.
Kid berkata, isterinya disahkan menghidap penyakit itu sejak awal Disember tahun lalu. Sejak itu dia ditahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) hingga sekarang.
Aznin turut mengalami jangkitan pada paru-paru dan terpaksa dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM sejak awal bulan ini.
Bagaimanapun, selepas hari kesembilan, Aznin mula sedar iaitu pada Selasa minggu lalu.
"Walaupun tahap kesembuhan masih 50:50, saya bersyukur dia sudah sedar dan boleh berkomunikasi walaupun dalam keadaan tersekat-sekat," katanya.
Menurut Kid, isterinya perlu menjalani enam kitaran kimoterapi dan setakat ini sudah masuk kali kelima.
Kid berkata, melihat keadaan isterinya ketika ini, rasa sayang semakin bertambah dan dia sanggup berusaha apa saja bagi memastikan isterinya mendapat rawatan yang terbaik.
Namun, dalam masa sama dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.
Tambah Kid, dia tidak berani untuk meminta-minta dan sebab itulah dia berusaha mendapatkan pembiayaan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana isterinya pernah bekerja dulu.
"Kos yang diperlukan dianggarkan di bawah RM60,000. Itu belum termasuk kos-kos lain. Saya buat permohonan kepada Perkeso kerana isteri pernah bekerja.
"Namun setakat ini belum ada jawapan daripada mereka. Selain itu, dia juga sudah lama berhenti kerja," katanya.
Dalam pada itu, Kid terharu apabila beberapa individu yang rapat seperti rakan artis dan peminat memberikan sumbangan ikhlas untuk membantu.
"Saya pun tak sangka ada rakan-rakan yang bersimpati dan menularkan cerita ini di media sosial sebagai jalan untuk meminta bantuan.
"Saya sangat berterima kasih kepada mereka. Bagi saya, kalau peminat mendoakan pun saya sudah bersyukur.
"Pendapatan hasil kerjasama dengan Home Of Champions (HOC) menerusi penjualan pakaian dan aksesori di atas nama Search sekadar untuk kegunaan semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sebelum ini saya ada simpanan sikit-sikit untuk perancangan lain tapi apabila jadi begini terpaksalah ditukar," katanya kepada Harian Metro.
Kid dan Aznin memiliki dua anak di mana anak sulung mereka, Deanda sudah bekerja manakala anak bongsu, Aaqil Naquidean bersekolah di Tingkatan Lima.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Muamalat 14030006799718 Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) bersama keterangan sumbangan buat isteri Kid.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
Hiburan

Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

gempak
17/06/2024
04:13 MYT
Dua rockers ternama tanah air, Datuk Suhaimi Rahman dan Norazila Aminuddin selamat menunaikan rukun Islam kelima selepas melakukan ibadah haji.
Hiburan

Search Bakal Adakan Konsert Orkestra Pertama! - "Peminat Akan Dengar Bunyi-Bunyi 'Mahal'"

gempak
23/05/2024
14:55 MYT
Buat pertama kali, kumpulan Search bakal mengadakan konsert diiringi okestra berjudul Search Symphonic Live In Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung 21 September di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Hiburan

“Jenama Search Merupakan Satu Institusi Yang Orang Boleh Rujuk” - Nasir Search

gempak
17/05/2024
12:55 MYT
Pemain bass Search, Nasir Daud menganggap cadangan peminat agar nama Search dapat digunakan oleh individu-individu yang pernah berkaitan dengan kumpulan itu tidak perlu diberi perhatian.
Hiburan

Search Rakam Lagu Raya Pertama, Sujud Aidilfitri Simbolik Muhasabah Diri, Renung Khilaf

gempak
01/04/2024
12:27 MYT
Sujud Aidilfitri menjadi karya Aidilfitri ulung yang akhirnya diterbitkan Search sempena merayakan bulan penuh berbahagia ini.