,
Laman Utama

Isteri Ketiga Rosakkan Kereta & Motosikal Suami Di Rumah Madu Mengaku Bersalah

Mya Amri
09/03/2023
04:50 MYT
Seorang peniaga kedai emas yang juga isteri ketiga seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suaminya pada Ahad lalu.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Siti Fazira Mohd Sofian, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.15 petang, di kediaman madunya yang merupakan isteri kedua suaminya, di Taman Gong Pauh, Chukai.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu mahkamah turut menetapkan 15 Mac ini untuk fakta dan hukuman.
Media sebelum ini melaporkan gara-gara tidak berpuas hati setelah suaminya tidak pulang rumah selama dua hari, seorang wanita yang juga isteri ketiga, bertindak menceroboh masuk ke rumah madunya sebelum merosakkan motosikal serta kereta milik suaminya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.