Gaya Hidup
"Isteri Ibarat Buah Mangga" - Sheila Rusly Ingat Pesanan Arwah Mertua Pada Suami
Sabtu lalu, bapa kepada pengarah dan produser Azman Hj Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo, meninggal dunia.
Pemergian ayah tercinta meninggalkan kesan yang mendalam buat Jinggo dan tentunya isteri kepada Jinggo - pelakon, pengarah dan produser, Sheila Rusly.
Dalam satu entri di Instagram milik Sheila Rusly, dia berkongsi satu pesanan daripada arwah ayah mertua buat suaminya.
"Isteri ibarat buah mangga. Dipegang-pegang, dipicit-picit, dicium-cium.
"Bila dah lembik dan lebam jangan tinggal. Sebab mangga tetap bergetah. Itu pesan arwah Ayah pada Tok Sidang," tulis Sheila.
Jinggo juga menggelarkan dirinya Tok Sidang di Instagram miliknya. Pada satu entri di Instagram, dia memuat naik sekeping gambar lama arwah ayahnya.
"Malam ke 2 saya terajui Tahlil Ayah. Tak akan sma dengan kesempurnaan Ayah menerajui keluarga kita.
"Saya akan ambil tempat Ayah, Insya-Allah," tulis Jinggo dalam nada sayu.
Jinggo dan Sheila Rusly adalah pasangan suami isteri yang sentiasa mencipta nama di pentas anugerah drama dengan drama-drama terbitan mereka yang berkualiti.
Must-Watch Video